Banyak artikel dan teori yang menyingkap misteri Firaun manakah yang tenggelam di zaman Nabi Musa a.s.Dalam artikel ini, saya akan cuba mengajak anda semua berfikir dan membuat sedikit analisa berkaitan dengan apa yang akan cuba saya sampaikan.
Beberapa calon popular Firaun yang paling dipercayai tenggelam ialah Thutmose II (1494 SM – 1479 SM) dan Ramesses II (1279 SM – 1213 SM).
Namun setelah membaca beberapa artikel berkaitan, saya membuat kesimpulan bahawa Firaun yang tenggelam adalah termasuk dalam Dinasti ke-18 Firaun.Firaun dari Dinasti ke-18 memerintah Mesir dari 1550 hingga 1295 SM.Oleh itu Firaun yang tidak termasuk dalam Dinasti ke-18 bolehlah diabaikan dari menjadi calon paling sesuai ditenggelamkan oleh Allah swt.Anda boleh semak semula nama Firaun pada Dinasti ke-18 disini : Klik
Secara ringkasnya Firaun yang memerintah dalam Dinasti ke-18 secara turutannya ialah :
Ahmose I (Ahmosis I) – Amenhotep I – Thutmose I – Thutmose II – Ratu Hatshepsut – Thutmose III - Amenhotep II – Thutmose IV – Amenhotep III – Amenhotep IV ( Akhenaten) – Smenkhkare – Tutankhamun - Kheperkheprure Ai – Horemheb.
Rameses II yang terkenal itu termasuk Firaun pada Dinasti ke-19.
Jika dilihat kepada tahun kelahiran Nabi Musa a.s iaitu pada 1436 SM, baginda dilahirkan di Mesir pada zaman pemerintahan Firaun Amenhotep II (1427-1400 SM). Baginda meninggal dunia pada tahun 1281 SM iaitu ketika berusia 120 tahun! Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa Firaun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa ialah dari Firaun Amenhotep II hinggalah Firaun Ramesses II (1279-1213 SM) iaitu Firaun ketiga dalam Dinasti ke-19.Ini adalah kerana tahun 1279 SM itu dikira tahun pemerintahan Ramesses II dan ia hanya beza 2 tahun dari tahun kematian Nabi Musa a.s (1281 SM).Secara logik akalnya Firaun Ramesses II sudah ada sewaktu kematian Nabi Musa a.s, kerana tak mungkin Ramesses II naik takhta ketika umur 2 tahun!
Saya, secara peribadinya mempercayai Firaun yang tenggelam itu adalah Firaun Amenhotep III iaitu bapa kepada Firaun Amenhotep IV [ Amenhotep IV menukar namanya kepada Akhenaten dan beliaulah yang memperkenalkan agama monoteisme – menyembah Tuhan yang satu]
Keyakinan saya diatas adalah berdasarkan kepada tarikh kelahiran Nabi Musa a.s sendiri , lalu menyesuaikannya dengan tarikh, masa dan peristiwa tenggelamnya firaun itu di Laut Merah.
Timeline Timur Tengah dan Sejarah Bani Israel yang ditulis oleh penulis terkenal Muhammad Alexander Wisnu Sasongko dalam bukunya “Yakjuj & Makjuj – Bencana Di Sebalik Gunung” pada mukasurat 224-225 amat menyakinkan saya.Tulis beliau seperti berikut :
[[ 1436 SM – Nabi Musa dilahirkan di Mesir pada zaman pemerintahan Firaun Amenhotep II dari Dinasti 18
1401 SM – Musa lari dari Mesir selepas membunuh bangsa Mesir.Tinggal di Madyan 10 tahun bersama Nabi Syuib.
1390SM – Nabi Musa kembali ke Mesir dengan membawa tugas kenabian, mendatangi Firaun Amenhotep III.
1389 – 1372 SM – Periode perang saraf dengan Firaun; Firaun berusaha membunuh nabi Musa.Muncul Akhenaton(Amenhoteb IV), salah seorang kerabat Firaun yang membela Musa dan menyatakan keimanannya .Akhenaton (Amenhotep IV) putera Amenhotep III mula menunjukkan keimanannya.
1372 SM – Musa dan Bani Israel keluar dari Mesir (Exodus).Firaun Amenhotep III ditenggelamkan di laut.
1371 SM – Bani Israel memulakan kehidupan di Padang Tieh selama 40 tahun; dalam masa ini, Ten Commandments / sepuluh perintah Tuhan diturunkan.
1370 SM – Amenhotep IV memimpin Mesir, dan berganti nama menjadi Akhenaton.Dialah raja Mesir pertama yang mencetuskan agama monoteisme.
1358 SM – Raja mesir Tutankhamen meninggal dunia.
1332 SM – Orang Ibrani memasuki kanaan.
1274 SM – Hakim-Hakim mulai memimpin Israel.
1281 SM – Nabi Musa meninggal dunia dalam usia 120 tahun.
1209 SM – Deborah menjadi hakim Israel.
1180 SM – Ezekiel/ Hizqil bin Budsi menjadi nabi.Israel jatuh kedalam penyembahan berhala.Ezekiel meramalkan : 1 ) kehancuran bani Israel, 2) penyatuan Israel oleh Daud, 3) datangnya Gog Magog.
1162 SM – Gideon menjadi Hakim Israel; mula membuat berhala patung Efod dari emas, patung itu ditempatkan di Kota Ofra.Orang Israel mula menyembah Efod.Selepas Gideon mati, bani Israel mula menyembah Baal.
No comments:
Post a Comment