Sunday, December 16, 2012
RANTAI KEBENCIAN
Sejarah mengajar bahawa manusia
tidak sekali-kali dapat saling memahami antara satu sama lain.
jika kau bejaya membalas dendam,
ia tak akan mengubah apa-apa.
hanya kau yng berasa puas
mengasihi seseorang senang sahaja……..
tapi...
memaafi pula memang sukar.
Apabila manusia berada dalam kesakitan
mereka belajar untuk membenci.
apabila manusia menyakitkan orang lain
mereka akan dibenci dan dihantui dgn perasaan bersalah…
kesakitan juga membenarkan manusia menjadi matang.
tapi kalau dpt memahami kesakitan itu dan mengembangkan perasaan kasihan dan bertimbang rasa…
manusia boleh menjadi penyayang.
Manusia akan melukakan antara 1 sama lain tanpa menyedarinya langsung selagi ia hidup.
Kebencian akan terus ada.
tidak mungkin ada keamanan didunia ini.
peperangan menyebabkan kematian,
kecederaan dan kesakitan kepada kedua belah pihak…
tidak ada perkara yng lebih sukar untuk diterima berbanding kematian orang yng tersayang..
bayangkan masanya bila orang tidak perlu mati kerana peperangan.
terutamanya mereka yng belum mengenali peperangan…………
Oh Politik
"POLITIK" itu dan ini
adakah ia menyusahkan?
menyenangkan?
banyak keburukan dari kebaikan?
"POLITIK" menyebabkan perpecahan,pergaduhan..
memburukkan satu sama lain
pemimpin dengan pemimpin
penyokong dengan penyokong
ceritanya tiada penamat
sampai bila?
kiamat?
adakah ia menyusahkan?
menyenangkan?
banyak keburukan dari kebaikan?
"POLITIK" menyebabkan perpecahan,pergaduhan..
memburukkan satu sama lain
pemimpin dengan pemimpin
penyokong dengan penyokong
ceritanya tiada penamat
sampai bila?
kiamat?
PERBEZAAN ILMU TENAGA DALAMAN & ILMU TENAGA ROHANIAH
ILMU TENAGA DALAMAN adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda. Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak. Cuma bila Tenaga Dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi. (Mungkin
ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)
Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan. Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik. Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.
Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya. Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, Tenaga Zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersihan rohani tetapi kepada membina Tenaga Dalam semata-mata. Inilah yang disabdakan Nabi saw:
“Bermula amal itu dengan niat.”
Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.
Berlainan dengan ILMU TENAGA ROHANIAH seperti memperolehi ilham, firasat, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, Ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi. Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui. Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.
Firman Allah swt:
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)
Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi:
“Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya.”
“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.” (Hadith)
PERJALANAN INI
Dalam perjalanan ini
aku melaungkan takbir
berlari dan menuju kehadapan
halanganku yang datang
aku pancung...
tamatkan riwayatnya...
bila pedang memotong tanganku
aku mengunakan kaki memukul
jika tangan..
jika kaki..
dipotong
aku masih boleh bersuara
untuk kata-kata
sehingga rohku terpisah dari badan
Subscribe to:
Posts (Atom)
iNfO KaPuR tUliS
AKU =KLIK UNTUK BACA.( permulaan cerita adalah berdasarkan kisah benar,cerita yg mengenai kehidupan seseorang
AKAN DATANG!!
"AKU 2"
sambungan "AKU" yg mengisahkan tentang Helmi sebagai seorng penulis,dan atas dorongan Siska beliau berusaha menempah nama sebagai penulis terkemuka.
"JOM LAYAN HADITH" adalah program terbaru dari blog ini,sama2 kita menghayati dan memahaminya.
by zaki
"AKU 2"
sambungan "AKU" yg mengisahkan tentang Helmi sebagai seorng penulis,dan atas dorongan Siska beliau berusaha menempah nama sebagai penulis terkemuka.
"JOM LAYAN HADITH" adalah program terbaru dari blog ini,sama2 kita menghayati dan memahaminya.
by zaki