Pages

Sunday, April 15, 2012

RESTORAN SHOGUN 100% HALAL! ON AROMA


Di Malaysia , status makanan halal amat dipandang berat terutamanya pelanggan yang beragama Islam. Boleh dikatakan, terdapat banyak jenis restoran yang menyediakan sajian pelbagai bangsa dan negara boleh didapati di Malaysia. Antara contoh Restoran yang menyadiakan sajian negara luar ialah Restoran Shogun. Restoran yang sudah hampir 20 tahun penubuhannya ini, mengorak langkah yang lebih efisyen kerana menyediakan sajian yang ditanggung halal 100%.


Restoran Shogun bertemakan ''Japanese Buffet'' dan menjadi daya tarikan kerana konsepnya tidak menyamai mana-mana restoran ala Jepun yang terdapat di Malaysia.Berbalik kepada jaminan halalnya tadi, status halal restoran ini menggunakan 100% produk halal dimana daging-daging yang tidak terdapat di Malaysia diimport dari luar dan disahkan kelulusan halal oleh negara berkenaan. Tindakan ini diambil dari pengalaman  dimana pelanggan beragama Islam yang mengunjungi restoran ini pasti akan bertanya terlebih dahulu kepada chef adakah ianya halal dimakan atau tidak.


Mengenai sajian yang disediakan, ianya menyediakan hampir 75% makanan Jepun (sushi) dan 25% 'fusion food'. Ketua Chef yang bertanggungjawab mengendalikan sajian ialah Chef Zainurin bin Md. Saleh. Restoran Shogun yang terletak di Soho KL ini adalah salah satu cawangan restoran yang terbesar serta luas untuk keselesaan pelanggan. Kalau menuruti sejarah restoran ini, cawangan pertama Shogun mula bertapak di Dubai dan pemilik asalnya merupakan orang korea manakala di Malaysia pula ianya dibawah Restoran Saisaki milik Dato' Micheal.


Restoran Shogun beroperasi dari jam 12 tengahari hingga 3 petang (lunch hour) dan dari 6 petang hingga 10 malam (dinner). Apa yang istimewanya, para pelanggan boleh menikmati seberapa banyak jenis hidangan yang terdapat di Shogun. Menu harian dan resepi asal 100% ketua chef yang tetapkan. Malah, ada chef didatangkan khas dari Thailand. Bagi menarik minat pelanggan,promosi 50% bagi warga emas.



1 comment:

  1. How sure are you?? what about sake and kirin in their food?? Please amend your post title okeh!

    ReplyDelete

iNfO KaPuR tUliS



SEKARANG

AKU =KLIK UNTUK BACA.( permulaan cerita adalah berdasarkan kisah benar,cerita yg mengenai kehidupan seseorang


AKAN DATANG!!

"AKU 2"
sambungan "AKU" yg mengisahkan tentang Helmi sebagai seorng penulis,dan atas dorongan Siska beliau berusaha menempah nama sebagai penulis terkemuka.


"JOM LAYAN HADITH" adalah program terbaru dari blog ini,sama2 kita menghayati dan memahaminya.
by zaki