Pages

Tuesday, April 17, 2012

KEHIDUPAN BEKERJA

Hidup untuk berkerja atau kerja untuk hidup?,kenapa kita kena berkerja?.jawapannya mestilah nak cari duit,kalau takder duit macam ner nak beli makanan,nak byar hutang,nak bayar bill kn..
hmmm...nak kerja mesti kalau boleh bergaji besar,pangkat tinggi,kalau boleh nak popular kn..

tapi tahukah anda?
berdasarkan analisis,kehidupan ini bukannya mudah...tak kira miskin ke,kaya ke,atau hidup sederhana..semuanya nak pakai duit..lebih kaya,lebih bnyk duit nak guna..sbb to ramai org berlumba2 mencari duit,walaupun gaji berjuta masih tidak mencukupi...

nak cari duit kene berkerja...kerja nie plak semuanya susah,takder yg senang,nak merompak pon susah..takder keja didunia nie yg senang..semuanya kne berusaha dan bertanggungjawab...

Sunday, April 15, 2012

KARYA YG HILANG bymeck_talika


dia pernah hadir
hanya ciptaanNya
riak dan tarinya seketika
di awangan kasih dunia
luhur jiwanya memutih salju
merenjis menghias
sehamparan pelangi indah
terpalit kukuh di bingkai sanubari
harta-harta berhati peninggalannya

datangnya memukau
walau tiada rias pujangga
dengan belai tangan kasar
dan aroma kecintaan
mengusap lembut ke hati yang kontang dan tercalar
zahirnya sekadar firasat yang tidak tersingkap
kini bertukar damba dan dadah
jiwa-jiwa pewaris

dulu
dialah perpustakaan
dan panggung wayang zuriat-zuriatnya
dialah hamba
juga pengarah
benak mereka tersimpul tenang keasyikkan

kini
sendu bertukar sebak rindu
balang hati berisi kasih melimpah
mengusik pedih kelopak mata
membuahkan rintik sebening intan
di kala senja
pergimu meninggalkan
sebuah tugu ilham

mama
malam bagimu telah bertandang
tirai barzakh pasti terbentang kelam
tapi di sisimu
terselit lampu bersalut iman
telahmu ukir di zaman alam fana
di landas nota janji
Anak Pencipta...(Yohanes 11:25)


*sajak ini ditulis oleh adik saya untuk mengenang hari ke-40 kepemergian mama kami untuk selamanya*

SINAR KEINSAFAN By Resya88


Aku terkenangkan diriku.. tika aku belum mengenalMu, diriku hampar...sunyi dan kesepian. Terkurung aku dalam kotak yang sempit. Terduduk, terkulai layu.. lalu menciptakan idea tantang kehampaan. Jiwa dan mindaku kosong.. namun penuh duka.
Ingin lari, namun aku tetap di tempat yang sama walau aku sendiri sentiasa dahagakan keinsafan..
Aku tersepit..

Terpaksa aku hipokrit. Senyum di balik tabir kedukaan. Kesedihan yang bertopengkan riang. Kegelisahan yang bersembunyi dalam lakonan drama ketenangan.
Kenapa? Kerana aku sentiasa merasa kehilangan. Sepertinya mata hati menyeru untuk aku mencari sesuatu yang telah hilang itu.Iaitu cahaya ketenangan. Lama aku dalam kegelapan. Lama aku dalam kesuraman yang kadangkala mengalpakan aku pada jasa dan budi insan yang sentiasa menyayangiku,menjaga aku. Memandang mereka dengan penuh kebencian dalam kesopanan, ‘bosan..benci’ tersentak dari hati.
Namun akhirnya, aku terhumban dalam gaung rasa bersalah setelah lama aku bertapak di tebing noda.

Mata yang selama ini terpejam dan terlena di sebalik keindahan akhirnya tercelik setelah terjaga dari buaian khayalan duniawi dalam dunia realiti.

Sayup-sayup kedengaran alunan irama memujiMu terus ku cuba amati, kucuba hayati..Puisi indah sejarah tentangMu...keagunganMu, kucuba perhati dan selami..
Indah..sungguh indah. Hingga mampu mengisi jiwa yang selama ini kosong.
Tiang keegoan telah tumbang dan roboh bersama pondok kegelisahan hatiku.
Keegoan yang telah lama terkurung bersama kegelisahan dalam peti persoalan tentang sinar yang kudamba kini telah terungkai.

Lucu..akhirnya baru sekarang jiwaku dihasut minda untuk mencari sinar bila hati merasai 1000 gelisah kekesalan setelah ada rasa bersalah. Padahal aku sendiri dengan sombong membelakangkanMu. Lupa pada yang sifat sementara itu adalah...sementara.

Tewas aku, dalam permainan putaran masa ini.
Kesal aku, membiarkan diri hanyut dalam deras kemajuan dan terdampar di hilir dosa.
Disaat aku membelakangkanMu, meski Kau tidak pernah lupa pada hamba seperti aku. KasihMu, kasih sebenar. Tiada tandingan..Tidak pernah leka memberikan nikmat pada manusia. Tiada tangis kekecewaan jika mencintaiMu. Cuma yang ada, tangis kekesalan atas sejarah silam yang hitam.

Namun, jauh disudut hati, aku panjatkan kesyukuran padaMu yang tak mungkin terungkap dengan kata-kata kerana temukan sinar yang kucari.
Sinar yang kini menjadi harapan baru hidupku.
DenganMu, aku temui erti cinta sebenar. Kerana cinta yang sekali sahaja Kau sinari cahayanya, tapi tak pernah malap untuk selamanya.

DenganMu, aku memahami erti cinta suci kerana janji-janji yang tak pernah Kau mungkiri.
DenganMu, aku fahami erti cinta murni kerana kata-kata yang tak pernah Kau dustai.
Keagungan CintaMu, akhirnya membwa aku tunduk sujud memuji kebesaranMu..Allahuakhbar...

SINAR CINTA By Resya88


Sedalam lautan,seluas angkasa,begitulah cintaku padamu”ungkapan klasik perasaan hati.
Namun aku kiranya tak perlu bicara, biar aku membisu dari sejuta kata.
Mampukah kau meneka hatiku andai aku diam? Kekadang akal berkata pada mata; lihatlah pada hatimu, dan hati pula berbisik pada mulut ; hamburkan kata cintamu pada dia..
Telinga yang sempurna mampu dibuai leka dengan kata cinta yang indah,cinta yang datang ibarat fantasi…
Namun ia juga harapan pada hati yang pernah tewas pada lubuk kemesraan lalu mencorakkan 1000 tangis di potret hidupku.

Kadangkala jiwaku masih dihasut sejarah lalu. Berbaloikah aku terima sinaranmu? Berbaloikah ku anggap kau harapan terakhirku?

Katakanlah ianya berbaloi. Sememangnya..aku masih bersembunyi di balik tabir ketakutan dan kedukaan. Kerana cinta bagiku sentiasa datang dan pergi tanpa ku pinta. Cinta tidak dapat dilihat.
Namun, indah jika dirasa.. Tapi kadangkala panahannya amat memeritkan.
Hidup ini sungguh misteri,pelik dan penuh rahsia. Cinta sejati cuma sebahagiaan dari hidup.
Namun, tatkala badai kekeliruan makin menggila, Cuma satu yang ku pasti masih tegak bediri; iaitu…paksi penantian.
Penantian terhadap pertemuan kita. Penantian terhadap segalanya…
Pesanku padamu dan juga diriku, jangan kita biarkan masa pergi membawa segala milik kita ,kerna ku impikan sinar itu manjadi teman kita selamanya...

Harapan ku moga kau dapat menyingkap tabir kejujuran ku.
Segala pasir persoalan mungkin akan berterbangan..
dan berkumpul semula membentuk istana kesetiaan idaman mu.
Atau ini semua cuma andaian dari jiwaku yang sentiasa kosong.

Kekadang mindaku di bayangi keraguan, dapatkah sinar kita akan menjadi teman kita selamanya?
Ya…mungkin juga.. Itulah harapan halusku di dunia yang kian gersang dari kebenaran ini..
Sebenarnya, aku masih mencari kebenaran..
Dan kejujuran cinta.. Kau atau aku, tidak pernah mengharap tangis hadir menemani kesepian dalam drama realiti ini.
Meski aku yang masih tercari erti kehidupan ini semua.. Tapi sampai bila?
Mungkin sampai akhir hayatku..

Satu saja yang ku pinta darimu..iaitu; kebenaran.. Bukan kebenaran selepas ada penipuan..
Kerana.. Aku inginkan cahaya cinta yang kau sinari ini, tak pernah malap..
Ketenangan yang kau hujani moga akan menjadi temanku di akhir masa kehidupanku ini..
Tiada kata yang lebih berharga yang ingin ku lontarkan selain ‘terima kasih’ kerna hadir dalam hidupku..
Just Be Nobody.

KEHIDUPAN by Resya88



Sunyi, sepi...tenang petang ini. Angin bertiup lembut. Tiada siapa
insan yang ku lihat. Namun hanya burung-burung yang menguasai ruang legar angkasa. Burung pipit...ciptaan Allah yang agung. Kecil dan lemah dari pandangan lahiriah manusia. Tapi besar hatinya dalam menerajui hidup. Tak pernah gentir untuk meneroka lebih jauh dan sentiasa tak pernah lupakan teman nya..
Hidup sekawan dan terbang berkumpulan bersama.. itulah dia burung pipit. Tak berakal seperti kita, namun memahami erti kekeluargaan. Sentiasa bertoleransi sesamanya..

Walau kerdil, namun burung pipit tetap manjadi burung pipit. Malah, membiarkan dirinya mudah dikenali dari burung-burung lain. Tidak pernah kesal menjadi burung pipit malah sentiasa bangga terbang bersama kawan-kawannya.

Setiap pagi,setiap petang, burung pipit itu pasti akan berkicauan.. terbang kesana kemari mencari pengalas perut untuknya dan untuk anaknya.Namun kadangkala terpaksa jatuh tersungkur di gubuk-gubuk mata pencarian..Tinggal anak burung pipit yang terbiar sendiri di sarangnya..menanti.. tapi sampai bila?. Seribu penantian namun si ibu tak juga pulang membawa makanan untuk santapan bersama. Anak-anak burung itu semakin lemah, namun yang kuat sahaja yang akan tetap teruskan hidup..

Anak burung yang terus hidup itu telah mempelajari sesuatu yang lebih berharga..iaitu berdikari. Sendirinya bangun kembali terbang selepas jatuh ke tanah. Tabah dan tabah.. semata untuk satu. Iaitu ; hidup. Berjuang untuk hidup sehingga ia dewasa dan mempunyai teman sendiri.

Namun kita, kekadang terlupa untuk melihat melalui mata hati sendiri. Masing-masing di himpit paradigma yang kian menerkam waktu. Masing-masing terlupa akan sesuatu yang hanya boleh dirasa dan tidak boleh dilihat secara lahiriah. Masa sentiasa membawa pergi nilai-nilai indah itu, atau kita yang sengaja membiarkannya lenyap ditelan masa? Tiada noktah, namun yang ada tanda tanya dalam kehidupan ini bagi mereka yang cintakan kebebasan sejati. Sememangnya bagiku kita masih lagi kuat dicengkam dengan penjajahan secara halus. Budaya bukan sebenarnya untuk kita kini menjadi ikon utama masyarakat. Bukan secara luaran semata, malah rohani juga. Adakah kita semua menjadi mangsa kemajuan atau kita sengaja menjadikan diri mangsa kehidupan ini? Tiada lagi nilai masyarakat melayu desa yang cintakan kekeluargaan mahupun jiran tetangga..tiada lagi kesopanan dalam tiap bicara..kerana kabus semakin melitupi semua itu. ‘kau,kau..aku,akulah’itulah kata-kata yang menjadi simbol diri antara sedar atu tidak. Asap kemajuan makin mengaburi mata kita. Terbukti kah ‘melayu tidak akan hilang di dunia’? seperti yang pernah di katakan panglima Hang Tuah. Atau mungkin satu hari bangsa kita akan lenyap. Mahukah?

Aku impikan kita seperti burung-burung pipit itu,yang tak pernah lupa keluarganya, dan teman-temannya. Malah semakin tabah menghadapi arus kehidupannya sendiri. Tetap berjuang untuk hidup.

Dan kita, dapatkah kita terus berjuang untuk mencatat kembali bangsa melayu di hati masyarakat kita kini? Meski kau.. dan juga aku, mahu kita berdiri di atas dunia ini dengan bangsa realiti kita sendiri.BANGSA MELAYU.. Bukan peragaan diri fantasimu di dunia yang makin tua ini.

Wahai anak bangsaku sedarlah, perjuangan kita belum selesai. Tak kan pernah selesai sebelum dan selepas 52 tahun yang lalu.
Kehidupan ini satu perjalanan yang amat panjang. Kehidupan ini juga sangat misteri dan penuh rahsia untuk dimengertikan. Hatta aku sendiri masih mencari jawapan agar aku juga turut temui kemerdekaan yang abadi untuk diriku,jiwaku, mahupun mindaku.

Namun ingin ku katakan, selama mana masa yang harus kita tempuhi lagi, sejauh mana perjalanan hidup ini, janganlah sekali lupa pada siapa kita sebenarnya..pada masyarakatmu, hatta pada bangsamu. Jadilah kau seperti asalmu yang tak berubah. Kembalikanlah bangsaku di kehidupan terakhir ini.

SINARAN HAMPA by Resya88



Menggigil tanganku ketika membaca telegram yang dihantar terus kepadaku yang ku terima di pejabat hal ehwal pelajar. Dunia kurasakan gelap. Kepala ku pusing. Lidah ku kelu dari berjuta kata. Tanpa berlengah, aku terus berlari ke dorm ku dan mengemaskan pakaian ku. “ Lyss, what happen? “ ,Bridget, teman rapatku yang juga teman sebilik ku kehairanan memandangku. Aku hanya mampu memandangnya dengan wajah yang penuh kesedihan tanpa berkata-kata.

Bridget, memang seorang yang memahami. Dialah saja pendengar setia terhadap semua masalah ku. Dia memegang bahuku dan aku memeluknya sambil menangis. Bridget masih lagi tertanya-tanya dan terpinga-pinga dengan kelakuanku. Di mindaku,sudah tentu timbul 1001 persoalan di fikirannya. Seperti merasa apa yang ku rasa, bridget menenangkanku. “Everything gonna be alright. Just relax, and then tell me what happen..” “my dad...my dad....” nadaku terputus-putus. “my dad, he just...died. I need go back to Sabah right now. “

Bridget turut terkejut dan bersedih dengan apa yang berlaku. Kerana dia juga mengenali ayahku. Bridget mendesak untuk menghantarku ke lapangan terbang UK Internatinal Airport. Pada masa itu aku hanya menurut saja.
“take care Alyssa”.. “dont worry, i will be back soon. Take care too.. “ Bridget masih setia berdiri di terminal itu sehingga aku berlepas pulang sambil melambaikan tangan padaku.

Sepanjang dalam penerbangan pulang, aku asyik teringat dengan arwah ayah. Sememangnya aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa ayah telah pergi untuk selamanya. “ Alyssa, apa impian lyssa?” begitulah pertanyaan yang ayah selalu ajukan kepadaku.. “ayah..lyssa nak jadi..jadi..jadi pengarah syarikat “. Nada kanak-kanakku masih tersekat-sekat. Ayah hanya mampu tersenyum. “kamu masih kecil,tapi kamu sudah punya impian yang besar. Ayah bangga akan kamu sayang”. Rasanya setiap hari selepas pulang dari sekolah mesti ayah akan tanyakan soalan yang sama selama 9 tahun sehinggalah aku di tingakatan 3. “saya nak jadi pengarah syarikat lah ayah..” itulah juga jawapan yang sama yang aku akan lontarkan. Sebenarnya, aku tertanya-tanya kenapa soalan itu yang mesti diajukan kepadaku. Sehinggalah satu hari aku memberanikan diri bertanya kepada ayah..”mengapa ayah selalu menanyakan soalan yang sama padahal jawapannya juga sama? Jawab ayah” nak, kehebatan dan kekayaan seseorang bukan pada pangkat dan hartanya. Tapi pada hati budinya. Ingat nak, perjalanan hidup kita masih panjang. Jangan terlalu tumpukan hal dunia saja. Jadikan impian mu,impian yang bermakna kelak. Kejayaanmu bukan pada akademik semata. Tapi sebagai muslimin sebenar.”

Aku mula memahaminya. Perjuangan kita belum selelsai. Masih jauh lagi perjalanan yang harus ku tempuh. Pangkat, belum dapat menentukan siapa aku sebenarnya. Ayah juga sentiasa mengingatkanku agar sentiasa rendah diri dan bersyukur dengan apa yang ada. Ayah adalah seorang yang berjaya dalam perniagaannya. Namun demikian, sedikit pun ayah tidak pernah bermegah dengan statusnya. Malah, lebih suka memilih untuk hidup seperti orang kampung, hidup penuh kesederhanaan. Ayah juga selalu berkata,” di dunia ini semuanya hanya sementera. Jangan sekali lupa pada pencipta”

Sejak ketiadaan ibu 40 tahun lalu, ayahlah yang membesarkan aku dan akak Marissa sendirian. Dialah ayah, dan dia juga ibu. Meski sibuk dengan kerjayanya, namun tidak sekalipun ayah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap kami beradik.

Sedar tak sedar,aku telah pun tiba di KKIA. Aku segera mendapatkan teksi dan bergegas pulang untuk melihat wajah ayah untuk kali terakhir. Dalam hati, aku memohon maaf pada ayah dan kesal kerana tidak dapat menemani ayah di saat ayah menghembuskan nafas terakhir. “ maafkan aku ayah. Maafkan lyssa” Hanya Al-Fatihah sahaja yang mampu ku sedekahkan pada ayah.

“Lyss,ayah dah tak ada Lyss..ayah dah tak ada”. Kakak tak henti-henti menangis. “sabarlah kak, semua di dunia ini hanya sementara.yang hidup pasti akan pergi juga”. Kakak memelukku dengan erat.


“sayang,sayang tak apa-apa sayang?”. Pertanyaan suamiku membuatkan aku tesentak dari lamunan. “tak lah, sayang okey je.sayang cuma teringat arwah ayah. Kira sayang nak lawat kubur ayah harini”. “biarlah abang temankan. Nanti lepas abang jemput Dania, kita pergi bersama ya sayang?” “ye lah abang.” Balasku..ringkas. Hari ini, 15 Oktober 2006,genap 24 tahun ayah telah pergi selamanya. Tapi peristiwa hari kematian ayah,seolah-olah baru saja berlaku semalam. Sememangnya, aku sehingga kini masih lagi terasa kehilangan. Dialah pejuang dalam hatiku. Pejuang untuk keluarga kami yang tak pernah kenal perit. Berjuang dalam membesarkan kami agar kami menjadi manusia berguna. Gambar ayah yang sejak dari tadi ku tatap, masih lagi erat dalam genggamanku. Aku sememangnya masih merindui wajah itu. Wajah jernih dan penuh wibawa.

“Ayah, lyss dah berjaya jadi pengarah di sebuah syarikat perkapalan, ayah.. Tentu ayah turut berbangga dengan kejayaan lyssa sekarang.lyssa dah berjaya menghabiskan program Master Lyssa. Abang Aryan banyak membantu lyss. Dialah pemilik syarikat perkapalan tu ayah. Alangkah baiknya jika ayah masih ada dan dapat melihat kejayaan lyss.” Hati kecilku berkata seolah-olah ayah mampu mendengar bisikan hatiku. Setelah aku tamat pengajian Master ku, aku segera balik ke Sabah setelah lebih kurang 10 tahun aku tinggalkan.

Sememangnya aku sentiasa berdoa kepadaNya agar ayah ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin. Aku masih merinduimu ayah dan sentiasa merinduimu.

Malam itu, aku menjemput kak ris dan keluarganya untuk jamuan makan malam di rumahku. Lebih dari sekadar jamuan biasa. Aku menjemputnya pun kerana ku fikir ada perkara yang perlu di perkatakan antara kami. Sememangnya kami sudah lama terpisah dari keakraban akak dan adik. Bertahun kami hidup seperti orang asing. Setelah ayah pergi, akak jarang menemuiku. Jauh sekali untuk bertanya khabar. Malah akak tidak lagi pernah pulang kerumah ayah setelah ayah tiada. Semasa usia remaja masih meniti antara kita, akak lah satu-satunya sahabat yang ku ada. Kadangkala, menjadi tembok pelindung ku.

Tapi masa yang pantas beredar itu turut membawa semua situasi indah kita terus menciptakan jurang pemisah antara kita. Kenapa semua ini terjadi. Harapan untuk menjadikan hubungan kita lebih baik selepas jamuan itu ternyata hanya sia-sia. Akak tidak semesra dulu. Malah suami akak dan abang Aryan hanya sibuk membincangkan hal bisnes. Tak lebih dari itu. Akak pula terburu-buru hendak pulang. Tanpa berkata apa-apa, akak berlalu begitu sahaja. Aku kesal. Setelah ketiadaan ayah, akak lah yang menjadi pengganti di syarikat ayah. Tapi pada masa yang sama, semuanya berubah. Akak memperlakukan ku seperti aku tidak wujud. Dahulu ketika aku konvokesyen di University of Brimingham, akak tidak hadir padahal aku tahu akak boleh datang menjemputku. Ketika graduan lain gembira meraikan kejayaan bersama keluarga, aku hanya duduk menyepi di bangku taman tanpa ada sesiapa di sisiku.

Sememangnya aku masih terasa kehilangan..kekurangan. Kebahagiaan dulu hanya tinggal sejarah. Akak, mungkinkah ada sinar kebahagiaan lagi antari kita? Kenapa kau menjauh setelah ayah tiada? Aku merindui akak Marissa yang ku kenali dulu.

PERMINTAAN SEBUAH DIARY Cerpen Awaliya Nur Ramadhana


Hari yang melelahkan dengan teriknya matahari dan sapuan udara bercampur debu. Daun-daun berguguran lalu terbang tersapu angin. Terlihat sesosok gadis kecil duduk termenung di kursi taman pusat kota. Terdengar teriakan seseorang dari arah belakang gadis itu.
“Dilla…!” Teriakan itu membuat gadis kecil yang ternyata bernama Dilla itu terkejut dan langsung membalikkan tubuhnya.
“Dilla..!!” teriak orang itu lagi. Setelah dia melihat orang yang memanggilnya itu, mukanya tiba-tiba memerah dan sepertinya ada rasa geram darinya.
“Dilla, kamu ke mana saja, Nak? Ayah mencarimu dari tadi pagi. Kenapa tiba-tiba kamu kabur?” Tanya orang itu yang ternyata adalah ayah Dilla sendiri. Dilla tetap diam. Wajahnya tetap murung dengan sedikit tatapan sinis. Ayahnya mencoba bicara lagi.
“Ayolah, Nak. Beritahu Ayah. Kamu mau apa?” Sang ayah terus membujuknya untuk bicara. Perlahan wajah Dilla mulai kelihatan tenang. Dan ia pun mulai bicara.
“Ayah nggak akan pernah tau apa yang kuinginkan, karena Ayah nggak pernah perhatiin aku. Ayah nggak akan pernah mengerti dan sampai kapanpun Ayah tak

akan bisa mewujudkannya!” ucap Dilla. Ia mengatakan semua yang ada di benaknya. Perasaan yang dulu ia pendam. Dan sekarang perasaan itu sudah memuncak dan tak dapat dikendalikan lagi.
Ayah merengut dan tiba-tiba memarahi Dilla.
“Apa sih yang kamu mau? Ayah sudah memberikan semua yang kamu minta. Pakaian, handphone, laptop, accessories dan barang-barang lainnya yang Ayah rasa kamu tidak gunakan. Sekarang kamu mau apa? Ayah capek… capek… ngeladenin kamu!”
Mendengar ucapan ayahnya, sakit hati Dilla semakin menjadi-jadi. Perlahan air matanya keluar. Tetes demi tetes menggambarkan kehidupannya yang kelam.
“Kalau Ayah memang tak mau ngurusin aku, mendingan Ayah buang saja aku. Biar Ayah nggak capek lagi dan bisa senang-senang dengan kehidupan Ayah yang nggak jelas itu!” Semuanya ia ungkapkan saat itu juga dan akhirnya ia lari pergi meninggalkan Ayahnya.
“Dilla…!!” teriak ayahnya yang lari mengejarnya.
Larian panjangnya tiba-tiba berhenti di depan sebuah rumah kecil yang tak layak huni. Langkah kakinya bagaikan tersedot rumah itu. Ia mencoba mengetuk pintu rumah itu.Namun tak ada orang yang membukakannya. Ia terus mengetuk pintu itu berkali-kali. Namun tetap tak ada jawaban.
 Akhirnya ia mencoba membuka pintu itu. Pintunya tidak dikunci. Ketika ia melihat ke dalam rumah itu, betapa terkejutnya ia. Ia melihat seorang wanita tergeletak tak sadarkan diri dari  balik dinding rumah itu.
“Bunda…Bunda…!!” teriaknya dengan air mata yang terus menetes.
“Bunda..!Bangun Bunda..! Bangun…” Dilla mencoba menyadarkan wanita yang ternyata ibunya. Ibunya Dilla tetap tidak sadarkan diri. Dilla pun mulai putus asa. Ingin rasanya ia membawa ibunya ke rumah sakit. Namun, ia tidak bisa membawa ibunya sendirian. Dan walaupun ia lakukan itu, yang pasti ibunya akan marah dengannya. Akhirnya, ia merawat ibunya di rumah itu, hingga ibunya sembuh.
^_^
Sudah dua hari Dilla menginap di rumah itu. Namun ayahnya tak kunjung menjemputnya. Ada dua alasan yang mungkin terjadi dengan ayahnya hingga ayahnya tidak bisa menjemputnya. Yaitu, satu; karena ayahnya tidak tau rumah ini. Dua; karena ayahnya sibuk dengan pekerjaannya.

Di rumah kecil itu, Dilla lebih merasa ceria. Karena ia merasa tidak kesepian. Di rumah itu, ia mempunyai teman ngobrol, mencurahkan isi hatinya, berbagi suka dan duka, tertawa bersama dan hal-hal menarik lainnya. Ketimbang di rumah besar yang sunyi, sepi, senyap, hanya bertemankan harta yang tidak berguna.

Ibu Dilla sudah sembuh. Dilla pun berpamitan dengan ibunya. Ia takut ayahnya akan marah besar kalau ia tak kunjung pulang. Ia merasa tersiksa dengan perceraian kedua orang tuanya yang berakibat buruk terhadap masa depannya.

Sesampainya di rumah, Dilla langsung masuk ke kamarnya, menguncinya, dan seperti biasa, ia mencurahkan isi hatinya dalam buku harian.

Malam harinya, ayah Dilla pun pulang. Ia langsung menuju kamar Dilla untuk memastikan anaknya itu sudah pulang atau tidak.
Ketika pintu kamar Dilla dibuka, Dilla pun spontan terkejut, ia langsung menyembunyikan buku hariannya.
“Dilla.. Kamu sudah pulang, Nak. Kamu ke mana aja kemarin? Kenapa nggak bilang sama Ayah?” sang Ayah mencoba menginterrogasi Dilla.
“Nginep rumah teman, Yah.” Jawab Dilla singkat.
“Kenapa kamu nginep rumah teman? Emangnya kamu nggak punya rumah?” Tanya ayah dengan nada pelan.
“Ayah! Aku kesepian di rumah ini. Aku tidak merasa bahagia dengan semua harta yang Ayah berikan. Aku cuma minta perhatian dan kasih sayang kedua orang tuaku. Dan kalian selaluu ada di sampingku. Tapi Ayah tidak pernah mengerti apa maksudku!” bentak Dilla. Emosinya memuncak drastis.
 “Terus apa maumu?! Bagaimana Ayah bisa tahu, kalau kamu nggak ngasih tahu Ayah!!” bentak ayah dengan nada tinggi.
Ucapan ayahnya membuat Dilla merasakan sakit yang luar biasa. Sekarang bukan hatinya saja yang sakit, seluruh tubuhnya juga ikut sakit. Dilla merintih kesakitan dan akhirnya pingsan.
Melihat sang anak pingsan, sang ayah langsung membawa Dilla ke rumah sakit. Dan langsung ditangani oleh dokter terhandal.
Sesaat kemudian, dokter keluar dengan wajahnya yang kelihatan pucat. Ayah Dilla pun menghampirinya.
“Penyakitnya kambuh lagi.” Ucap dokter itu.
“Penyakit??” Tanya Ayah Dilla heran.
“Penyakit leukimianya sudah stadium empat!” Lanjut dokter.
Seketika itu pun ayah Dilla terkejut.
Penyakit leukemia? Stadium empat? Batinnya.
“Maaf, Dok. Setahu saya, anak saya tidak pernah mengidap penyakit leukemia. Apalagi sampai stadium empat. Saya tidak mengerti maksud Anda!” Ucap Ayah Dilla.
“Bapak jangan bercanda. Dilla itu pasien lama saya. Sudah 2 tahun ia saya tangani. Kok Bapak sampai tidak tau masalah ini?” Jelas dokter dengan wajah bingung.
Ayah Dilla semakin tidak mengerti dengan apa yang dikatakan dokter tersebut.
Sudah 2 tahun? Tapi mengapa Dilla tidak pernah mengatakannya? Batinnya lagi.
“Dok, boleh saya masuk ke dalam? Saya mau jenguk anak saya!” Pinta ayah Dilla sambil mengarahkan telunjuknya ke kamar tempat anak semata wayangnya itu dirawat.

Di dalam kamar itu, ia melihat seorang gadis kecil mempertaruhkan nyawanya melawan sakit yang menderanya. Dimanakah sosok seorang ayah yang dia punya? Mengapa ia tak tau apa yang terjadi dengan anaknya? Apakah batin seorang ayah dengan anaknya tidak terikat? Ditengah lamunannya, ia dibuyarkan oleh secercah suara kecil. Ya, suara Dilla.
“Ayah..” ucapnya lemah.
“Iya, Nak.” Ujar ayahnya sambil meneteskan air mata.
“Ayah.. Aku mau minta sesuatu dari ayah. Aku mau…” Ucapan Dilla semakin lemah. Denyut nadinya semakin cepat. Nafasnya terengah-engah. Dan pada saat itu, detik itu, Dilla menghembuskan nafas terakhirnya sebelum mengatakan keinginannya itu.
Tangisan langsung meluap dari kedua mata sang ayah. Sampai akhir hayat anaknya, ia tidak dapat mengabulkan permintaan anaknya itu.
 Dan sekarang ia tidak tau harus bagaimana. Ia tidak tau apa yang anaknya inginkan. Dan ia tidak tau bagaimana mewujudkannya.
^_^
Dua hari setelah kepergian Dilla, sang ayah terus saja berdiam diri di rumah. Ia sekarang sadar, harta yang paling berharga baginya bukanlah uang tetapi keluarga. Ia pun mencoba mengenang Dilla dengan masuk ke dalam kamar Dilla. Ia membereskan kamar anaknya itu. Ketika ia sedang membereskan tempat tidur, tak sengaja ia menemukan sebuah diary di bawah bantal. Ia pun kemudian membuka diary itu, dan membacanya.

Deardiary…
Aku tak tau apa yang sedang ku alami
Semuanya berubah begitu saja.Perceraian Ayah dan Bunda telah membuatku    
larut dalam kegelapan
Aku tak bisa melihat masa depanku nanti.
Sekarang aku mencoba menahan penyakit leukemiaku. Aku tidak ingin mereka 
mengetahuinya. Aku tidak ingin kedua orang tuaku saling menyalahkan.
Cukup aku yang merasakan sakit ini.

Deardiary…
Ya Allah…
Kenapa Kau berikan cobaan ini kepadaku?
Kenapa Kau memberikan sakit ke Bundaku?
Kenapa Kau buat Ayah melupakanku?
Kenapa aku tidak pernah bisa menjadi orang yang lebih sabar lagi menahan
cobaan ini.
Ya Allah..
Yang hambaMu inginkan cuma satu. Tolong persatukan keluarga kami lagi.
Tolong satukan Ayah dan Bunda agar Ayah bisa merawat Bunda.
Karena mungkin hamba tidak bisa merawat Bunda lagi.
Karena mungkin Kau akan memanggil hamba.
 Jadi hamba mohon, persatukan keluarga hamba.
Ayah… yang Dilla minta selama ini adalah itu.
Dilla minta Ayah menjemput ibu di rumah kecil di bawah jembatan tua.
Dan Dilla ingin Ayah menjaga dan merawat Bunda untuk selamanya. Hingga
akhir hayat.
Amiiinn… Ya Rabbal A’lamin.

Tetesan air mata berjatuhan. Isak tangis meluap. Sekarang.. saat itu juga ayah Dilla pergi menjemput mantan istrinya itu sesuai kehendak Dilla.

Di rumah kecil itu, ia melihat mantan istrinya duduk termenung. Ia pun mendekatinya dan perlahan mengatakan tentang kepergian Dilla.

Mendengar berita itu, sang ibu langsung menangis. Ia tak dapat menerima semua itu. Namun, ia pun tidak bisa mengelak takdir illahi. Sesuai keinginan Dilla, kedua orangtuanya pun bersatu kembali.


DMCA Protection on: http://www.lokerseni.web.id/2012/01/cerpen-sedih-2012-permintaan-sebuah.html#ixzz1sAtBbOPj

UNTUK SAHABAT Karya NN




Ketika dunia terang, alangkah semakin indah jikalau ada sahabat disisi. Kala langit mendung, begitu tenangnya jika ada sahabat menemani. Saat semua terasa sepi, begitu senangnya jika ada sahabat disampingku. Sahabat. Sahabat. Dan sahabat. Ya, itulah kira-kira sedikit tentang diriku yang begitu merindukan kehadiran seorang sahabat. Aku memang seorang yang sangat fanatik pada persahabatan.

Namun, sekian lama pengembaraanku mencari sahabat, tak jua ia kutemukan. Sampai sekarang, saat ku telah hampir lulus dari sekolahku. Sekolah berasrama, kupikir itu akan memudahkanku mencari sahabat.

Tapi kenyataan dengan harapanku tak sejalan. Beragam orang disini belum juga bisa kujadikan sahabat. Tiga tahun berlalu, yang kudapat hanya kekecewaan dalam menjalin sebuah persahabatan. Memang tak ada yang abadi di dunia ini. Tapi paling tidak, kuharap dalam tiga tahun yang kuhabiskan di sekolahku ini, aku mendapatkan sahabat. Nyatanya, orang yang kuanggap sahabat, justru meninggalkanku kala ku membutuhkannya. “May, nelpon yuk. Wartel buka tuh,” ujar seorang teman yang hampir kuanggap sahabat, Riea pada ‘sahabat’ku yang lain saat kami di perpustakaan. “Yuk, yuk, yuk!” balas Maya, ‘sahabatku’. Tanpa mengajakku Kugaris bawahi, dia tak mengajakku.

Langsung pergi dengan tanpa ada basa-basi sedikitpun. Padahal hari-hari kami di asrama sering dihabiskan bersama. Huh, apalagi yang bisa kulakukan. Aku melangkah keluar dari perpustakaan dengan menahan tangis begitu dasyat. Aku begitu lelah menghadapi kesendirianku yang tak kunjung membaik. Aku selalu merasa tak punya teman. “Vy, gue numpang ya, ke kasur lo,” ujarku pada seorang yang lagi-lagi kuanggap sahabat. Silvy membiarkanku berbaring di kasurnya.

Aku menutup wajahku dengan bantal. Tangis yang selama ini kutahan akhirnya pecah juga. Tak lagi terbendung. Sesak di dadaku tak lagi tertahan. Mengapa mereka tak juga sadar aku butuh teman. Aku takut merasa sendiri. Sendiri dalam sepi begitu mengerikan. Apa kurangku sehingga orang yang kuanggap sahabat selalu pergi meninggalkanku. Aku tak bisa mengerti semua ini. Begitu banyak pengorbanan yang kulakukan untuk sahabat-sahabatku, tapi lagi-lagi mereka ‘menjauhiku’. “Faiy, lo kenapa sih ? kok nangis tiba-tiba,” tanya Silvy padaku begitu aku menyelesaikan tangisku. “Ngga papa, Vy,” aku mencoba tersenyum. Senyuman yang sungguh lirih jika kumaknai. “Faiy, tau nggak ? tadi gue ketemu loh sama dia,” ujar Silvy malu-malu. Dia pasti ingin bercerita tentang lelaki yang dia sukai. Aku tak begitu berharap banyak padanya untuk menjadi sahabatku.

Kurasa semua sama. Tak ada yang setia. Kadang aku merasa hanya dimanfaatkan oleh ‘sahabat-sahabatku’ itu. Kala dibutuhkan, aku didekati. Begitu masalah mereka selesai, aku dicampakkan kembali. “Faiy, kenapa ya, Lara malah jadi jauh sama gue. Padahal gue deket banget sama dia. Dia yamg dulu paling ngerti gue. Sahabat gue,” Silvy curhat padaku tentang Lara yang begitu dekat dengannya, dulu. Sekarang ia lebih sering cerita padaku. Entah mengapa mereka jadi menjauh begitu. “Yah, Vy. Jangan merasa sendirian gitu dong,” balasku tersenyum. Aku menerawang,” Kalau lo sadar, Vy, Allah kan selalu bersama kita. Kita ngga pernah sendirian. Dia selalu menemani kita. Kalau kita masih merasa sendiri juga, berarti jelas kita ngga ingat Dia,” kata-kata itu begitu saja mengalir dari bibirku. Sesaat aku tersadar. Kata-kata itu juga tepat untukku. Oh, Allah, maafkanku selama ini melupakanmu. Padahal Dia selalu bersamaku.

Tetapi aku masih sering merasa sendiri. Sedangkan Allah setia bersama kita sepanjang waktu. Bodohnya aku. Aku ngga pernah hidup sendiri. Ada Allah yang selalu menemaniku. Dan seharusnya aku sadar, dua malaikat bahkan selalu di sisiku. Tak pernah absen menjagaku. Kenapa selama ini aku tak menyadarinya? Dia akan selalu mendengarkan ‘curhatanku’. Dijamin aman. Malah mendapat solusi. Silvy tiba-tiba memelukku. “Sorry banget, Faiy. Seharusnya gue sadar. Selama ini tuh lo yang selalu nemenin gue, dengerin curhatan gue, ngga pernah bete sama gue. Dan lo bisa ngingetin gue ke Dia. Lo shabat gue. Kenapa gue baru sadar sekarang, saat kita sebentar lagi berpisah…” Silvy tak kuasa menahan tangisnya.

Aku merasakan kehampaan sejenak. Air mataku juga ikut meledak. Akhirnya, setelah aku sadar bahwa aku ngga pernah sendiri dan ingat lagi padaNya, tak perlu aku yang mengatakan ‘ingin menjadi sahabat’ pada seseorang. Bahkan malah orang lain yang membutuhkan kita sebagai sahabatnya. Aku melepaskan pelukan kami. “ Makasih ya, Vy. Ngga papa koki kita pisah. Emang kalau pisah, persahabatan bakal putus. Kalau putus, itu bukan persahabatan,” kataku tersenyum. Menyeka sisa-sisa air mataku. Kami tersenyum bersama. Persahabatan yang indah, semoga persahabatan kami diridoi Allah. Sahabat itu, terkadang tak perlu kita cari. Dia yang akan menghampiri kita dengan sendirinya. Kita hanya perlu berbuat baik pada siapapun. Dan yang terpenting, jangan sampai kita melupakan Allah. Jangan merasa sepi. La takhof, wala tahzan, innallaha ma’ana..Dia tak pernah meninggalkan kita. Maka jangan pula tinggalkannya.


DMCA Protection on: http://www.lokerseni.web.id/2011/11/cerpen-persahabatan-untuk-sahabat.html#ixzz1sAsWNtMF

RESTORAN SHOGUN 100% HALAL! ON AROMA


Di Malaysia , status makanan halal amat dipandang berat terutamanya pelanggan yang beragama Islam. Boleh dikatakan, terdapat banyak jenis restoran yang menyediakan sajian pelbagai bangsa dan negara boleh didapati di Malaysia. Antara contoh Restoran yang menyadiakan sajian negara luar ialah Restoran Shogun. Restoran yang sudah hampir 20 tahun penubuhannya ini, mengorak langkah yang lebih efisyen kerana menyediakan sajian yang ditanggung halal 100%.


Restoran Shogun bertemakan ''Japanese Buffet'' dan menjadi daya tarikan kerana konsepnya tidak menyamai mana-mana restoran ala Jepun yang terdapat di Malaysia.Berbalik kepada jaminan halalnya tadi, status halal restoran ini menggunakan 100% produk halal dimana daging-daging yang tidak terdapat di Malaysia diimport dari luar dan disahkan kelulusan halal oleh negara berkenaan. Tindakan ini diambil dari pengalaman  dimana pelanggan beragama Islam yang mengunjungi restoran ini pasti akan bertanya terlebih dahulu kepada chef adakah ianya halal dimakan atau tidak.


Mengenai sajian yang disediakan, ianya menyediakan hampir 75% makanan Jepun (sushi) dan 25% 'fusion food'. Ketua Chef yang bertanggungjawab mengendalikan sajian ialah Chef Zainurin bin Md. Saleh. Restoran Shogun yang terletak di Soho KL ini adalah salah satu cawangan restoran yang terbesar serta luas untuk keselesaan pelanggan. Kalau menuruti sejarah restoran ini, cawangan pertama Shogun mula bertapak di Dubai dan pemilik asalnya merupakan orang korea manakala di Malaysia pula ianya dibawah Restoran Saisaki milik Dato' Micheal.


Restoran Shogun beroperasi dari jam 12 tengahari hingga 3 petang (lunch hour) dan dari 6 petang hingga 10 malam (dinner). Apa yang istimewanya, para pelanggan boleh menikmati seberapa banyak jenis hidangan yang terdapat di Shogun. Menu harian dan resepi asal 100% ketua chef yang tetapkan. Malah, ada chef didatangkan khas dari Thailand. Bagi menarik minat pelanggan,promosi 50% bagi warga emas.



NANDO'S

Nando's?,apa to?



Nandos adalah sebuah restoran yg berasal dari Afrika selatan dgn tema Portugis.
Diasaskan pda 1987.Nandos mula beroperasi dari 26 buah negara dan 5 benua.


Nandos pakar dlm hidangan ayam sama ada leman dan herba,mangga dan limau,sederhana pedas,pedas atau lebih pedas peri2 marinades atau lebih dikenali galinha a africana


ASAL-USUL


Restoran dinamakan bersempena Nandie,anak lelaki Fernando Duarte salah 1 drpda pengasas bgi rangkaian yg asalnya Portugis .Dia dan kwnya Robert Brozin membeli sebuah restoran dipnggil chikenland dlm Rosettenville,selatan Johannesburg pda 1987.ini menjadi restoran nandos yg pertama.










LAMAN WEB
http://www.nandos.com.my/sections.html#Peri-Peri


Kesimpulannya,cubalah rasa mkn di nando's nie skali skala...sekali cuba ayamnya pasti nak lgi....nyummm2..
Anda akan disambut dgn kata2 dlm bhasa Portugis "bomm dia!!"

iNfO KaPuR tUliS



SEKARANG

AKU =KLIK UNTUK BACA.( permulaan cerita adalah berdasarkan kisah benar,cerita yg mengenai kehidupan seseorang


AKAN DATANG!!

"AKU 2"
sambungan "AKU" yg mengisahkan tentang Helmi sebagai seorng penulis,dan atas dorongan Siska beliau berusaha menempah nama sebagai penulis terkemuka.


"JOM LAYAN HADITH" adalah program terbaru dari blog ini,sama2 kita menghayati dan memahaminya.
by zaki