Dari jauh kedengaran bunyi beberapa
ledakan bom, berdentum hingga ke bumbung bangun-
an hospital. Namun begitu, hatinya tidak tergerak untuk menjenguk ke luar
melihat bangunan hospital yang rosak teruk dibom sepanjang malam itu. Tiada
apa-apa keistimewaan yang dapat dilihat di luar sana. Tiada kecerahan dan
kejernihan lagi. Di sana sini, suasana langit begitu kabut dengan kepulan asap
hitam bercampur merah, yang menabun mengitari bumi Teluk. Malah, dinding
hospital itu
kerap digegarkan oleh ledakan bom yang menggila, terus-terusan menjunam di bumi
yang malang.
Suara esak tangis dan teriak kanak-kanak, suara orang dewasa yang melenting
marah pada sesuatu yang di luar keupayaan mereka untuk menentang, suara helang
laut yang riuh-rendah cuba menyambar ikan mati di permukaan laut yang berminyak
pekat, semuanya tidak berjaya menahan Khadijah daripada terus-terusan mencuci
tangannya di sinki usang itu.
Sinki yang usang itu telah dikunjunginya, entah berapa kali, sejak satu jam
yang lalu. Sambil mencuci tangan dengan sabun antiseptik berulang-ulang kali,
matanya mengerling ke bilik bedah. Cuping telinganya sempat menangkap bunyi
tapak
selipar yang bergerak resah di lantai bilik bedah itu. Dia juga turut mengeluh
resah. Bunyi itu seperti mengingatkan dia pada perjalanan masa yang ber-
gerak pantas. Kian lama kian jelas. Kian lama kian mendesak. Aduhai! rintih
hatinya, kepiluan. Mengapa sampai begini jadinya? Mengapa? Alang-
kah letihnya jiwa ini!
Dengan mata yang terkedip-kedip, dengan tubuh yang dibaluti pakaian seragam
berwarna
hijau muda yang lusuh, dia tcrus mencuci tangannya. Sengaja dia tidak menutup
paip, biarpun dia sedar catuan air perlu diambil kira. Biarpun kulit
jari-jemarinya scmakin kembang kini. Sengaja dia tidak menutupnya, kerana dia
tidak mahu mende-
ngar suara mereka di bilik bedah itu, menyentuh pendengarannya. Dia tidak
sanggup mendengar perbualan mereka tentang tubuh kecil di meja bedah itu. Dia
tidak sanggup lagi. Sungguh!
Entah mengapa, biarpun dia cuba memujuk hatinya agar menjalankan tugasnya
seperti biasa, lebih-lebih lagi apabila mengenang betapa kes serupa itu telah
acap kali dilaluinya; dia tidak berupaya menggesa kakinya melangkah ke bilik
bedah
itu lagi, buat kali ini. Dia tidak dapat melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan hatinya!
Entah mengapa, sejak lima bulan yang lalu, sejak menjejakkan kaki ke bumi Teluk
ini, dia berasa seperti berada dalam mimpi ngeri. Tanpa sedar, dia cuba
menggapai semula kenangan manis di tanah airnya yang aman permai, yang amat
dirinduinya. Dia begitu teringin berada dalam suasana yang melingkari damai
dalam jiwanya, yang tidak
mampu dihulurkan oleh bumi Teluk ini. Apakah dia menyesal mendaftarkan dirinya
sebagai sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah dahulu? Apakah sia-sia sahaja
dia bertungkus-lumus belajar bahasa Arab dahulu? Ah, sesungguhnya, dia sudah
tidak tahu lagi!
Pada saat melihat tubuh gadis kccil itu disorong ke bilik bedah, keinginannya
untuk kembali ke bumi Malaysia, semakin mendesak. Meledak-ledak, membakar
urat-urat sarathya. Tersengguk dia di sinki usang itu tiba-tiba.
"Siapa nama gadis kecil itu?" tanya Khadijah, pada suatu ketika
dahulu. Dia menyoroti wajah gadis kecil yang memegang sekuntum bunga merah.
"Atiqah," ujar jururawat terlatih di sisinya.
Lantas Khadijah, terus memerhatikan gadis kccil yang bernama Atiqah itu yang
sedang bergegas ke bilik rawatan ccmas. Pada ketika itu, semua petugas di
hospital itu, berpura-pura tidak melihat akan gadis itu, biarpun kehadirannya
di bilik rawat-
an cemas itu, melanggar peraturan hospital. Sedetik, kelihatan gadis kecil itu
meneliti tangan ibunya yang lebam-lebam akibat disuntik dengan jarum. Biarpun
ditambah dengan pelbagai jenis dadah, silih berganti botol saban hari, yang
mengalir terus ke dalam pembuluh darah ibu gadis kecil itu; ibunya tetap terus
nazak. Ibunya yang terhumban ke tanah dari lori minyak yang dipandu oleh
ayahnya,
terus diam membisu. Dan lori itu terbakar rentung bersama-sama ayahnya.
Dari meja tulisnya, Khadijah nampak gadis kecil itu mengeluh panjang. Sejurus
kemudian gadis kecil itu kelihatan memanjat ke pinggir katil lalu menyematkan
bunga berwarna merah itu, di celah-celah rambut ibunya yang sedang nazak.
"Ibu, bangunlah ibu," rayu gadis kecil itu seraya mengucup ibunya,
bertubi-tubi. "Bercakap-lah dengan saya, bu. Bercakaplah!"
Khadijah segera melarikan pandangannya ke arah pesakit lain. Terasa kelopak
matanya berat dengan takungan air jernih. Entah mengapa, memerhatikan Atiqah
terbongkok-bongkok di pinggir katil ibunya yang nazak, terbayang pula dia akan
wajah arwah ibunya sendiri. Dia terbayang ibunya yang beruban rambutnya, tenang
menerus-
kan tradisi kaum asalnya; kaum Idaan. Dia seperti melihat ibunya amat tekun
menganyam tikar mengkuang, menganyam bakul raga dan sebagainya. Kadang-kadang,
ibunya yang sentiasa menguntum senyuman manis itu, kelihatan terbongkok-bongkok
menuai padi di sawah yang luas terbentang. Ah, betapa dia merindui ibunya!
Khadijah terus tercegat di sinki usang itu. Nafasnya dihela panjang-panjang.
Dan serta-merta, gambaran wajah arwah ibunya menerjah tiba lagi. Lantas, dengan
pandangan mata yang berpinar-pinar, dengan wajah sayu yang tersirat dengan ber-
juta rasa pilu, diamat-amarinya keadaan di bilik bedah itu, meresap dan membawa
ingatannya kepada cerita ibunya yang berketurunan Idaan, tentang kepercayaan
nenek moyang mereka yang berasal daripada Nunuk Ragang. Tempat yang terletak di
Tampias, di suatu kawasan di hulu Labuk dalam daerah Ranau itu, terdapat Sungai
Liwagu dan
Sungai Gelibang yang mengalir ke arah timur Ranau dan Tambunan. Alangkah
gementar hatinya apabila terbayangkan bentuk pohon ara yang sebesar enam
pemeluk dan daun-daun yang merimbun, berdiri teguh di tebing sungai!
Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang Dusun Idaan yang membina tujuh buah
pondok
berukuran 185 meter persegi setiap satu, di bawah pohon ara merah atau Nunuk
Ragang itu, bagaikan hanya wujud dalam impiannya. Saban hari orang Dusun Idaan
ermandi-manda di sungai itu, sebelum memanjat pohon itu bagi menjemurkan diri
mereka di dahan-dahannya. Benarkah akar-akar pohon ara yang berbunga merah itu,
mampu menyembuhkan pelbagai penyakit? tanya hatinya, kerusuhan.
"Ah ...!" rintih Khadijah. Kalaulah cerita tentang pohon ara yang
berbunga merah dan mempunyai keajaiban pada akarnya itu, bukan legenda
semata-mata, alangkah mudahnya kerja menyembuhkan sesuatu penyakit dilakukan?
Contohnya, penyakit ibuku. Sayang sekali ibuku tidak dapat diselamatkan. Ibuku
meninggalkanku juga, akhir-
nya. Entah mengapa, serta-merta seluruh hatinya terasa amat sepi. Kesepian vang
begitu menguasai dirinya, dan dia berasakan lorong hidupnya bagaikan sentiasa
terpencil di sudut suram, sejak kematian ibunya. Tertaut kabus berbau amunasi
yang berpanjangan. Justeru itu dia berkejaran terus-terusan, menghela nafas
yang tersepit, pada batas-batas telaga hati, menyongsong sinar matahari yang
ter-
sembunyi. Terasa bagai menyongsong kelangsungan hidup insan lain yang tanpa
tempat mengadu, untuk survival; biar apa pun yang datang melanda.
Kelopak mata kuyu Khadijah terus merenung tajam jari-jemarinya yang kian
kembang berendam dalam air. Tubuhnya yang berusia awal tiga puluhan itu, masih
terkaku di sinki usang. Bintik-bintik peluh, memercik di seluruh garis wajahnya
yang
ketegangan. Suara kanak-kanak dan orang dewasa yang hingar-bingar berbaur
dengan deruman enjin kenderaan yang bersimpang-siur di luar sana, tidak
berupaya melenyapkan kesepiannya. Digagahi dirinya untuk tidak mengizinkan
matanya meliar memerhatikan sekujur tubuh kecil yang terbaring di meja bedah.
Sedaya upaya dia
bergelut dengan perasaannya untuk tidak mengizinkan pintu hatinya tcrbuka
sehingga memboleh kan wajah cornel yang bernama Atiqah itu, menggugah
perasaannya. Scdaya upaya dia mencuba.
"Doktor Khadijah, boleh kita mulakan sekarang?" tegur seorang
jururawat dengan logha
Timur Tengah yang pekat.
"Dah siap semuanya?" tanya Khadijah, biarpuh, sesungguhnya, dia lebih
arif dengan jawapannya. Bukankah dia sendiri yang menyaksikan bagaimana
jururawat hospital itu memeriksa darah Atiqah bagi memastikan jenis tisu yang
dimiliki olehnya? Hisy! Bukan mudah untuk melakukannya. Semuanya perlu dikenal
pasti melalui protein yang
tertentu - antigen - yang terdapat pada tubuh kecil yang terbaring kaku di meja
bedah itu.
"Sudah, puan doktor," ujar jururawat itu. "Malah, pesakit yang
akan menerima organ itu pun, sudah siap menanti. Doktor Syeikh Abdullah
El-Ahmad juga sudah berada di bilik bedah, puan doktor."
"Baiklah, beri saya beberapa minit lagi."
Khadijah memerhatikan jururawat itu beredar pergi dengan ekor matanya. Lantas,
dengan tangan yang terketar-ketar, dia menutup paip yang menjadi tumpuannya
tadi. Setelah mengesat tangan dan memakai sarung tangan, pandangannya terus
ter-
tumpu kepada jari-jemarinya yang kembang itu. Mata dan fikirannya tertuju terus
kepada pesakit yang bakal menjalani pemindahan buah pinggang - menerimanya
daripada gadis kecil bernama Atiqah.
Khadijah sedar, buah pinggang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu,
mengalami jangkitan kuman berterusan sejak kecil lagi. Dia tahu, kanak-kanak
itu diberikan ubat immune suppression, menanti sehingga mendapat organ buah
pinggang yang sesuai dengannya. Namun begitu, kemungkinan kegagalan itu, amat
tinggi dan lebih cende-
rung membawa kesan mudarat kepada pesakit yang melalui pembedahan organ
tersebut.
Tetapi, bukankah wajar pesakit itu diberi cahaya untuk terus hidup? tanya
harinya, keresahan. Tambahan lagi, buah pinggang kanak-kanak lelaki itu, telah
kecut dan bertompok-tompok dengan kesan jangkitan kuman.
Khadijah mengeluh lagi. Matanya tergenang dengan air jernih. Perlahan-lahan,
pandangannya bergerak ke arah tubuh kecil yang bernama Atiqah. Dia tersedak
pilu. Memang, sejak pertama kali dia melihat wajah gadis cornel itu, empat
bulan yang
lalu, hatinya sudah tersentuh.
"Apa yang berlaku?" tanya Khadijah, ketika itu. "Mengapa gadis
kecil itu menjerit-jerit?"
"Dia membuat ragam, puan doktor," jawab jururawat yang bertugas
mengikut giliran itu. "Dia terpaksa dihalang oleh dua orang pembantu
hospital daripada terus-terusan menyerang Dr. Abdullah dengan penumbuk
kecilnya."
"His! Saya bukan tak kasihan kepadanya. Tapi, ibunya sudah nazak hampir
satu minggu. Dan tak punya harapan untuk hidup lagi. Apabila saya jelaskan
kepadanya mengapa mesin bantuan pernafasan itu perlu ditanggalkan daripada
ibunya, dia menga-
muk," jelas Dr. Abdullah, lelaki Timur Tengah itu. "Lagipun, ramai
lagi pesakit yang memerlukan katil itu."
Hati Khadijah tersentuh pilu. Dia berpaling ke arah gadis kecil itu. Setiap
kali gadis itu datang melawat ibunya, dia pasti membawa sekuntum bunga berwarna
mcrah, yang semerah bunga dari pohon Nunuk Ragang itu. Bunga itu diselitkan di
celah rambut ibunya, seraya merayu-rayu agar ibunya sedar daripada keadaan
nazaknya. Sesungguhnya, bukan Khadijah tidak bcrsimpati dengan nasib gadis
kecil itu. Masalahnya, seperti kata Dr. Abdullah El-Ahmed, berapa ramai lagi
pesakit lain yang
memerlukan perhatian. Ah, serba salah dia! Lantas, dia cuba memujuk gadis itu
pula.
"Atiqah, tentu engkau mengerti, bukan,"
pujuknya, lagi.
"Jangan! Jangan biarkan ibuku mati!" jerit gadis kecil itu, seraya
menangis teresak-esak. Dia berundur ke tepi katil ibunya seraya merenung muka
Khadijah seperti' merenung musuh ketatnya. "Huh! Kalau siapa berani mcnanggalkan
mcsin
bantuan pernafasan itu, saya bunuh!"
Tersentak nafas Khadijah. Dia hampir tergelak. Gadis sekecil itu, mahu mengugut
orang dewasa yang dua kali lebih besar daripadanya? tanya hatinya. Tetapi,
setelah diamat-amati wajah bengis gadis kecil itu, dia dapati ada sinar yang
tersirat, tetapi tidak tersurat di mata yang galak itu; sinar harapan yang
tidak pernah padam. Sinar mata yang berjaya menarik Khadijah menyebelahinya.
Buat seketika, dia menyoroti wajah wanita yang terlantar dalam keadaan nazak
itu. Apabila memerhatikan wajah wanita itu, mengingatkannya lagi kepada wajah
ibunya sendiri yang terbujur di katil wad kelas tiga, hospital kerajaan di
Malaysia.
Dia melihat gadis sunti yang berusia sepuluh tahun itu, dengan wajahnya yang
sedang sayu, menatap wajah ibunya yang tidak bernafas lagi. Ibunya yang
menjanda sejak ayahnya yang bertugas sebagai tentera itu terkorban di
perbatasan, menderita demam
panas yang parah. Gadis sunti itu ialah dirinya, dua puluh tahun yang lalu.
Lantas, dia mengeluh panjang dan langsung mendesak Dr. Abdullah El-Ahmed untuk
mempertimbangkan keputusannya.
"Baiklah, saya beri dia satu minggu saja lagi,"tegas Dr. Abdullah
El-Ahmed, sebelum beredar pergi. "Selepas itu, ah... Khadijah, bukan awak
tak lihat berapa ramai pesakit yang memerlukan rawatan di katil itu!"
Khadijah mengeluh lega. Ketika Dr. Abdullah dan pembantu-pcmbantu hospital itu
beredar pergi, dia melangkah ke meja tulisnya. Dengan ekor matanya, dia melihat
gadis kecil yang bernama Atiqah itu memanjat naik ke pinggir katil ibunya. Dia
lihat gadis kecil itu mcnyematkan sekuntum bunga berwarna merah di rambut
ibunya, sebelum merayu-rayu dan mencium ibunya bertalu-tali. Suara gadis kecil
itu kedengaran jelas kepada Khadijah.
"Ibu, jangan bimbang. Saya takkan biarkan mereka putuskan mesin banrnan
pernafasan itu bu," ujar gadis kecil itu seraya melemparkan sebuah
jelingan tajam ke arah Khadijah. "Saya tak kan benarkan. Saya tahu, ibu
masih ada harapan untuk pulih. Saya tahu. Oh, ibu! Buktikanlah kepada mereka.
Buktikanlah yang ibu boleh pulih
Ibu mesti cepat pulih, tahu! Mesti! Kerana, saya sayang ibu!"
Sejenak Khadijah termangu. Dia memandang wajah wanita yang sedang nazak itu,
seolah-olah turut mengharapkan sesuatu perubahan berlaku Namun, tiada sebarang
pergerakan sebagai tindak balas kepada rayuan anaknya. Setiap malam, gadis itu
masuk ke bilik rawatan ibunya. Setiap kali dia datang, dia tidak lupa membawa
sekuntum bunga berwarna merah yang diselitkan di rambut ibunya bagi menggantikan
bunga yang sudah layu. Dia terus merayu-rayu. Sehinggalah seminggu kemudian,
sehari sebelum tarikh terakhir yang diberikan oleh Dr. Abdullah El-Ahmed untuk
menanggalkan
mesin bantuan pernafasan itu, gadis itu terus datang dengan sekuntum bunga
berwarna merah. Dia terus merayu dan merayu ibunya yang sedang nazak itu.
Seperti biasa, tiada sebarang tindak balas daripada wanita yang terkujur nazak
itu. Gadis kecil itu seperti dapat merasakan saat untuk ibunya hidup sudah
hampir ke hujung jalan. Tanpa sedar, dengan suara yang sedikit keras, gadis itu
memerintahkan ibunya supaya memberikan tindak balas.
"Ibu, bangunlah! Buktikan kepada mereka, bu!" gesa gadis kecil
bernama Atiqah itu. "Saya sayang ibu, dan kalau ibu juga sayang saya,
gerak-kanlah jari relunjuk ibu. Gerakkanlah! Cepat!"
Sesungguhnya, Khadijah scndiri hampir tidak percaya apabila menyaksikan jari
telunjuk wanita yang terkujur nazak itu, bergerak perlahan-lahan. Seolah-olah
mengikut perintah anak kesayangannya itu. Gadis kecil itu terus melonjak
keriangan dan memanggil Khadijah menghampiri katil ibunya.
"Lihatlah! Ibu saya sudah pulih!"
Peristiwa yang di luar jangkaan itu, menarik perhatian semua doktor dan
kakitangan hospital itu. Masing-masing cuba memberikan bantuan. Biarpun dalam
keadaan letih, mereka datang memeriksa tekanan darah, memeriksa IV tubes,
suction fluid daripada jantungnya dan sebagainya. Namun begitu wanita itu
kadang-kadang sedar dan kadang-
kadang kembali tidak sedarkan diri, tetapi seperti gadis kecil bernama Atiqah
itu juga, mereka tidak mahu menyerah kalah. Mereka turut memberikan antibiotik
untuk melawan fenomena yang mencengkam jantung wanita itu. Sementara itu,
Khadi-
jah turut memastikan agar wanita itu mendapat terapi fizikal.
Pada keesokan malamnya, setelah ibunya memberikan tindak balas dengan
menggerak-gerakkan jari telunjuknya, Atiqah terus datang. Dengan mata yang
bersinar-sinar, dengan terkinja-kinja keriangan, dia membawa dua kuntum bunga.
Sekuntum diselitkan di celah rambut ibunya dan sekuntum lagi diletakkan dalam
botol berisi air lalu
diletakkan di meja tulis Khadijah. Khadijah terkejut, kehairanan. Harinya
berde-
sis, apakah bunga berwarna merah itu, bererti gadis kecil itu dan aku, sudah
berdamai kini? Apakah bunga ini, kuntum perdamaian buat kami? Lalu, dia
terbayang akan pohon Nunuk Ragang yang berbunga merah itu. Serta-merta, dia
menjadi ter-
haru. Khadijah memerhatikan gadis kecil itu terus berulang-alik ke hospital itu
dengan dua kuntum bunga berwarna merah, setiap hari sehinggalah ibunya cukup
kuat untuk dihantar pulang.
"Siapalah yang akan meletakkan bunga berwarna merah di dalam botol itu
nanti, ya?" usik Khadijah, sewaktu gadis kecil itu menyorong kerusi roda
ibunya ke arah kereta ambulans yang akan menghantar mereka pulang. Gadis kecil
itu tersenyum kesipu-sipuan.
Sesungguhnya, sedikit pun dia tidak menyangka akan dipertemukan semula dengan
gadis kecil bernama Atiqah itu. Setelah beberapa bulan berlalu, setelah dia
hampir lupa akan gadis kecil itu, dalam keadaan sibuk merawat para pesakit yang
bertali arus, tiba-tiba gadis kecil itu muncul kembali dalam hidupnya. Tetapi
dalam keadaan
yang sama sekali berbeza. Gadis kecil itu tidak seperti dahulu lagi. Tidak lagi
terkinja-kinja keriangan. Ketibaan gadis itu, pada kali ini, dalam keadaan
terlantar di atas usungan, terbujur lesu dengan bernafas nyawa-nyawa ikan!
"Gadis kecil ini mengalami kecederaan teruk di kepalanya," jelas Dr.
Abdullah El-Ahmed, perlahan. "Serpihan peluru berpandu yang meledak di
kawasan penempatan awam itu, masih terdapat di dalam otaknya. Maafkan kami,
tiada apa pun yang
dapat kami lakukan untuk membantunya."
Ramai antara petugas di hospital yang mengenali gadis kecil itu, menangis
teresak-esak bersama-sama ibu gadis kecil itu. Ibu gadis kecil yang masih
berkerusi roda itu, tidak putus-putus menyebut nama Tuhan dan menvesali
perbuatan kejam mereka yang gila kuasa itu. Khadijah turut terseret dalam emosi
wanita yang terseksa jiwanya itu. Khadijah terikut-ikut marah.
"Jika boleh, ingin saya katakan bahawa gadis kecil ini mempunyai harapan.
Tapi, saya tak boleh," tambah Dr. Abdullah, kesayuan. "Err
...bagaimana kalau saya cadangkan agar puan pertimbangkan untuk menderma organ
buah pinggang gadis kecil ini. Saya mahu, puan pertimbangkan untuk kepentingan
diri puan sendiri. Percayalah,
setelah masa berlalu, suatu ketika nanti, ia akan memberi erti yang besar
kepada puan."
Serta-merta, suara halus naluri Khadijah membantah. Dia ingin menjerit:
Sudahlah! Sudahlah! Jangan disakiti jasad gadis kecil itu lagi. Biarkanlah dia
sendiri! Begitulah yang ingin dijeritkan oleh Khadijah. Tetapi suaranya
tersekat di kerongkongnya.
"Alhamdulillah," ujar wanita, ibu kepada gadis kecil itu. "Saya
fikir, itulah tindakan yang paling wajar dilakukan. Anak saya, Atiqah, memang
penyayang orangnya. Dia sentiasa mahu memberi kasihnya kepada orang lain. Saya
percaya, jika Atiqah masih boleh bercakap, pasti dia juga akan memberikan
persetujuannya."
Jasad gadis kecil itu segera disorong ke bilik bedah. Biarpun didapati otaknya
mati atau tidak berfungsi lagi, mereka dapati buah pinggang gadis kecil itu
berada dalam keadaan baik. Semua bantuan pernafasan diteruskan bagi membantu
denyutan jantung gadis kecil yang kian lemah itu. Pesakit lain yang bakal
menerima organ buah pinggangnya dihubungi dan dipersiapkan untuk menjalani
pembedahan. Masa kian suntuk. Mereka cuma mempunyai 48 jam sahaja. Kalau tidak,
buah pinggang
yang dikeluarkan dari tubuh gadis kecil itu, tidak boleh digunakan lagi.
Aduhai! rintih hatinya, kepiluan. Mengapa sampai begini jadinya? Mengapa? Alangkah
letihnya jiwa ini!
"Boleh kita mulakan sekarang, Khadijah?"
Khadijah tersentak. Dia berpaling dan tersua wajah Dr. Abdullah El-Ahmed, reman
seperjuangannya. Dia mengeluh lagi. Matanya yang bergenang air jernih,
terkedip-kedip merenung Dr. Abdullah. Bagaikan ada suatu daya tarikan yang
halus berseni, cepat telinganya menangkap suara kanak-kanak yang sedang
menyanyi - sayup-sayup dari jauh. Menyanyi di kalangan pejuang bangsanya.
Terdengar juga kicau burung layang-layang yang pulang ke sarangnya, di celah
bumbung bangunan hospital itu. Seterusnya dia terdengar bunyi tapak kaki yang
cornel, berkejaran di sana
sini, menambahriuhkan keadaan di koridor hospital. Kanak-kanak yang berkeliaran
bebas dari kawasan penempatan yang kerap dihujani bom itu, bergaul mesra
bagaikan tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Seolah-olah mereka sudah lali
dcngan keadaan
kacau-bilau itu.
"Khadijah?" ulang Dr. Abdullah, lembut.
Khadijah mengangguk Iemah. Lambat-lambat, dia melangkah ke bilik bedah. Sedetik
itu, dia memegang pisau bedah. Lantas, dengan himpunan seluruh kekuatan luaran
dan dalaman, biarpun dalam kengiluan apabila mcngenang wajah comel yang
bercahaya dan berseri-seri itu, dalam suasana bumi Teluk yang meledak di sana
sini, dia meng-
hela nafas seraya membaca sepotong ayat suci.
Sejurus, dengan tangan yang terketar-ketar, dia menghiris kulit halus gadis
kecil itu, sepanjang perutnya. Dengan segala kemahiran yang ada padanya,
dibantu oleh Dr. Abdullah El-Ahmcd, Khadijah mengeluarkan organ buah pinggang
daripada tubuh gadis kecil yang malang itu. Organ itu diletakkan di dalam
sterile plastic containers dan kemudian diletakkan di dalam chloroform chest
yang dipenuhi ketulan ais – sebelum dipindahkan kepada pesakit lain yang sedang
menanti.
* * *
Pada suatu senja yang tenang, ketika Khadijah sedang berehat setelah keletihan
menjalankan tugas sehariannya tadi, tiba-tiba terdengar pintu bilik rehat itu
diketuk orang.
“Ada orang nak jumpa awak, Khadijah.”ujar Dr. Abdullah, tersenyum penuh rahsia.
“Tetamu istimewa.”
Khadijah mengerut kening. Sebaik saja Doktor Abdullah membuka pintu bilik rehat
itu lebar-lebar, seorang kanak-kanak lelaki masuk ke dalam bilik rehat itu.
Kanak-kanak lelaki itu menguntum senyuman manis sambil menghulurkan sekuntum
bunga berwarna merah yang disembunyikan di belakangnya tadi.
“Terima kasih, puan doktor,” bisik kanak-kanak itu, tersipu malu.
Khadijah yan gmasih kebingungan itu, sedikit teragak-agak, membongkok lalu
menyambut huluran bunga itu. sebelum sempat dia bertanya apa-apa, kanak-kanak
itu melonjak dan terus mencium pipinya. Dan kemudian, kanak-kanak itu
terus berlari pergi.
"Siapa budak itu?" tanya Khadijah, kehairanan.
"Mahrnoud Noor, budak yang menerima buah pinggang daripada Atiqah
dulu," jelas Dr.
Abdullah, tersenyum lembut. "Ingat Atiqah lagi?"
Atiqah? desis Khadijah dalam hati. Ah, ingatkah dia akan gadis kecil yang
bernama Atiqah itu? Ingatkah dia akan gadis kecil yang berupaya memberikan
cahaya kehidupan kepada ibunya yang sedang nazak itu? Ingatkah dia akan gadis
kecil yang memberikan cahaya kehidupan kepada kanak-kanak lelaki yang
menanggung sakit buah pinggang
itu? Ingatkah dia akan gadis kecil yang membawa sekuntum bunga berwarna merah
yang diletakkan di dalam botol di atas meja tulisnya? Ingatkah dia lagi?
"Soalan itu tidak melucukan," desisnva, tersendu keharuan.
Dengan terketar-ketar, dia terus memegang kuntum bunga berwarna merah itu.
Nafasnya sesak. Dadanyakian sebak. Aneh, bunga berwarna merah itu mengingatkan
dia kepada pohon Nunuk Ragang yangg bcrbunga merah; pohon yang boleh dibuat
ubat untuk pcibagai jenis penyakit - dari akar hingga ke pucuknya.
Sejurus kemudian, Khadijah meletakkan tangkai bunga itu ke dalam botol berisi
air. Dia terus merenung bunga berwarna merah itu, tanpa mem pedulikan Dr.
Abdullah yang ternyata ingin sekali mengubat hatinya. Dia terus merenung bunga
itu. Aneh, pada bunga yang kembang mekar itu, dia seperti mclihat raut wajah
gadis kecil yang bernama Atiqah itu. Wajah itu, seperti sebutir bintang pada
tengah malam yang gelap pekat, bercahaya-cahaya dalam suasana yang penuh damai
- sedamai sekuntum perdamaian antara dia dengan gadis kecil itu dahulu.
Tiba-tiba, Khadijah merasakan perjuangannya di bumi Teluk ini, sesungguhnya,
tidak sia-sia! Dan, alangkah baiknya kuntum perdamaian seperti itu diwujudkan
untuk mereka yang gila kuasa itu?
Alangkah!