Pages

Sunday, December 16, 2012

PERBEZAAN ILMU TENAGA DALAMAN & ILMU TENAGA ROHANIAH




ILMU TENAGA DALAMAN adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda. Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak. Cuma bila Tenaga Dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi. (Mungkin
 ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)


Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan. Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik. Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.

Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya. Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, Tenaga Zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersihan rohani tetapi kepada membina Tenaga Dalam semata-mata. Inilah yang disabdakan Nabi saw:
“Bermula amal itu dengan niat.”
Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.
Berlainan dengan ILMU TENAGA ROHANIAH seperti memperolehi ilham, firasat, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, Ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi. Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui. Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.
Firman Allah swt:
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)
Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi:
“Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya.”
“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.” (Hadith)







No comments:

Post a Comment

iNfO KaPuR tUliS



SEKARANG

AKU =KLIK UNTUK BACA.( permulaan cerita adalah berdasarkan kisah benar,cerita yg mengenai kehidupan seseorang


AKAN DATANG!!

"AKU 2"
sambungan "AKU" yg mengisahkan tentang Helmi sebagai seorng penulis,dan atas dorongan Siska beliau berusaha menempah nama sebagai penulis terkemuka.


"JOM LAYAN HADITH" adalah program terbaru dari blog ini,sama2 kita menghayati dan memahaminya.
by zaki