Pages

Sunday, February 24, 2013

Segenap ketika itu
setiap saat itu
aku...
merisikokan nyawaku
nyata sekali malaikat tidak mahu mengambil aku
ahh...
mungkin firman tuhan belum tiba masanya
masih ada visi dan misi untuk ku 
fikiran ku terumbang ambing
kenapa aku hidup?
apa rahmatku pada tanah bumi ini?
apa ertinya kewujudan ku
segala persoalan benak diotak ku
menjadi satu tanda tanya



lahirnya manusia dibumi,ada sebab kenapa kita dilahirkan.
sesungguhnya tuhan itu mencipta sesuatu berserta tujuannya
kerana tuhan itu maha mengetahui.. :)

Saturday, January 26, 2013

TUNJUK-TUNJUK



LELAKI MUDA: tak payahlah nak menunjuk-nunjuk back flip to,takder faedah tunjuk diri to     hebat.hahaha....

MAT KAPUR     : Kenapa?,tak salah kan?.

LELAKI MUDA: memanglah tak salah,tapi takder faedahnya.takder orang nak tengok pun.

MAT KAPUR     : Tak kisahlah ada orang tgok atau tak,semua orang ada hak untuk lakukan apa sahaja,asalkan tak melanggar undang-undang.

LELAKI MUDA : tapi takdelah sampai buat pertunjukan depan org ramai.

MAT KAPUR      : semua org didunia ada sifat menunjuk,macam kau pakai pakaian macam rock ni knp?,mesti nak nampak rock,nak org tau yg ko ni rock.kenapa kau isap rokok,bajet2 nampak macholah.sedangkan benda to takder faedah langsung,sedangkan apa yang aku tunjuk backflip tadi adalah ssalah satu sukan.

LELAKI MUDA : tapi buat benda to bahaya,sukan apa macam to.

MAT KAPUR      : ehh,kau nie,semua sukan bahaya,tapi selagi kita ikut peraturan dan berdisplin bahaya itu boleh diatasi.

inilah salah satu sifat manusia dari dulu,tak boleh tengok orang berjaya.mesti ada yg dengki nak menjatuhkan.bukan nak bersaing dengan berusaha menjadi lebih bagus.kan lebih baik....

LELAKI MUDA :hebatnya kau Mat,macam mana ko boleh buat?.aku pun nak buat lebih hebat dari kau?kita bertanding...aku nak kalahkan kau.hahaha..

MAT KAPUR : Thank,senang jer tak susah pun..ok,ak sahut cabaran kau.

lihat!!!,kan aman kalau macam nie..usahalah apa yg korang lakukan,kerana tuhan suka org yg berusaha.


Monday, January 14, 2013

PENYAKIT SKIZOFRENIA



Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atauhalusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimiaadalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.
Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Gree (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.
Gambaran keseluruhan

Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom 'positif' dan 'negatif'. 'Simptom positif' adalah simptom yang tidak ada dalam diri individu normal, tetapi terdapat dalam diri individu yang menghidapi skizofrenia. Antara simptom 'positif' termasuk delusi, halusinasi, gangguan pemikiran (thought disorder) dan lain-lain. Hanya pesakit skizofrenia sahaja yang akan mengalami perkara sebegini. Simptom negatif pula adalah simptom yang sepatutnya ada dalam diri individu normal tetapi tidak ada dalam diri pesakit skizofrenia. Antara contoh bagi simptom negatif ialah kelembapan aktiviti kognitif, tidak bermotivasi, kesukaran dalam bertutur dan lain-lain. Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization syndrome)."

Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian, menyelesaikan masaalah,fungsi exekutif (executive function) atau cognition sosial (social cognition).
Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.
Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik lain. Pada tahun1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.
Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan anti-psychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai penyakit membenarkankawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.
Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model continuum (continuum model of psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.
Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada perkembangan dan pengekalan skizofrenia.
Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural (neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi) dopamine dalamlaluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai phenothiazines, mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.
Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi individual tertentu.

KLIK SKIZOFRENIA TENTANG PENYAKIT INI

Mantera Beradu - Malique Feat M.Nasir


Lirik Lagu Mantera Beradu - Malique Feat M.Nasir
Song / Lagu : Mantera Beradu - Malique Feat. M.Nasir
Lyrics / Lirik Mantera Beradu :


Masih belum sempurna..

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna


Sunday, January 13, 2013

CATATANKU bY Melly Goeslaw


Awan-awan menghitam
Langit runtuhkan bumi
Saat aku tahu
Kenyataan menyakitkan
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Mengapa semua menangis
Agar aku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan

Reff:
Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Campur bahagia di harinya
Berikan dia hidup

Tuhan terserah padamu
Aku ikut maumu tuhan
Ku catat semua ceritaku
Dalam harianku

Mengapa semua menangis
Agar aku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan

Repeat reff

Tuhan terserah padamu
Aku ikut maumu tuhan
Ku catat semua ceritaku
Dalam harianku



Tuesday, January 1, 2013

seringkali lagu itu..

sering ku perhatikan
hobi sama manusia
terpukau dengan alunan muzik
sehingga menyanyi sekuat hati
walaupun suaranya menjengkelkan
tumbuhan pun boleh layu
ditolak ketepi
tapi....
lalai dengan nada
tidak tahu isinya
apa kisah lagu itu
tidak pernah diertikan
yang penting nada lagu itu
dinyanyikan suara yang merdu
makna lagu itu tidak mengapa
tidak penting baginya
seperti melihat paras dari rupa

Harapku...BY zaki

tahun ini
harapku..
semua kenangan buruk
dipadam api yang membara
sehingga ingatan lalu menjadi abu
terbang jauh pergi
sehingga tidak terlihat
agar tahun ini mulakan hidup baru
yang lebih baik..
harapku..
seumpama bayi yang baru lahir
tidak tahu apa erti perang
tiada lagi ledakan bom
tiada lagi suara tangisan
inginku hanyalah sebuah keamanan
alangkah indahnya dunia
bila semua bersatu
bersatu menjadi satu
semuanya adalah saudara
walaupun beza agama
tamadun akan lebih kukuh
harapku...

iNfO KaPuR tUliS



SEKARANG

AKU =KLIK UNTUK BACA.( permulaan cerita adalah berdasarkan kisah benar,cerita yg mengenai kehidupan seseorang


AKAN DATANG!!

"AKU 2"
sambungan "AKU" yg mengisahkan tentang Helmi sebagai seorng penulis,dan atas dorongan Siska beliau berusaha menempah nama sebagai penulis terkemuka.


"JOM LAYAN HADITH" adalah program terbaru dari blog ini,sama2 kita menghayati dan memahaminya.
by zaki