Pages

Saturday, August 25, 2012

JoM LAyaN HaDiTh

Part 2
  
Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”.
 
Hasad Dengki Adalah Haram

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).”
 
 Jangan Mendedahkan Aib Orang lain

Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.

Waktu Doa Paling Mustajab
Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.

 RIWAYAT : BUKHARI DAN MUSLIM

Wednesday, August 15, 2012

HuH mAnG ghAi

SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia. Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981 hasil gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di negara kita.
Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemenang akan menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai kemudahan menjalani kehidupan dan berkarya. Sejak tahun 2003, nilai hadiah ini telah ditambah menjadi RM60,000 di samping kemudahan menerbitkan karya sehingga mencecah RM500,000.

Senarai penerima anugerah Sasterawan Negara Malaysia
1.    1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
2.    1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
3.    1983 : Datuk (Dr) Usman Awang
4.    1985 : Datuk (Dr) A. Samad Said
5.    1987 : (Dr) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
6.    1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
7.    1993 : Datuk Noordin Hassan
8.    1996 : Datuk Abdullah Hussain
9.    2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
10.    2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
11.    2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala

Tuesday, August 14, 2012

JoM LAyaN HaDiTh


PART 1

MENOLONG ORANG YG DALAM KESUSAHAN
Bismillah.....
Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya, “Apabila Nabi SAW didatangi kepadanya oleh orang yang memerlukan pertolongan, baginda menghadap kepada sahabat-sahabatnya yang sedang duduk bersamanya lalu bersabda, “Bantulah dia sencaya kamu akan mendapat pahala, dan Allah akan menyempurnakan atas lidah nabinya yang disukai”.

 Pengertian  Hadith:
-Orang Islam mestilah memberi sokongan kepada orang Islam yang lain dalam perkara-perkara kebajikan.
-Allah SWT menjanjikan pahala yang besar kepada orang Islam yang suka menolong orang yang berada dalam kesusahan.
- Segala permintaan (doa) Nabi SAW diterima oleh Allah SWT.
-Memberi sokongan pada perkara-perkara kebajikan adalah digalakkan dan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT sama ada dengan sokongan hajat orang itu diterima atau sebaliknya.


JANGAN MENGHINA ORANG YG MELAKUKAN KEJAHATAN

Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Apabila seorang hamba sahaya perempuan melakukan zina dan telah nyata zinanya maka sebatlah ia (dengan 50 kali sebatan) tetapi janganlah menghinanya (dengan kata-kata kesat), kemudian jika dia berzina lagi (buat kali keduanya), maka sebatlah dia tetapi janganlah menghinanya. Kemudian jika dia berzina lagi buat kali ketiganya, maka juallah dia sekalipun dengan seutas tali daripada bulu(haiwan)”.

Maksud Hadith:

-Seorang hamba sahaya perempuan yang melakukan zina wajib disebat sebanyak 50 kali dan haram menghina dengan kata-kata kesat terhadapnya.
-Pemilik hamba sahaya perempuan wajib menjual hamba itu jika hamba itu telah berzina sebanyak 3 kali sekalipun dengan harga yang sangat murah.
-Islam mengajar umatnya supaya tidak menghina seseorang sekalipun dia telah melakukan perbuatan yang buruk.
-Kita disuruh memisahkan diri daripada golongan maksiat atau memulaukan mereka supaya tidak bergaul dan bermuamalat dengan mereka.
-Walaupun hamba itu disuruh supaya dijual tetapi tuannya mestilah memberitahu keaibannya (iaitu suka berzina) kerana penjual wajib memberitahu ‘aib barang yang hendak dijual.

RIWAYAT : BUKHARI DAN MUSLIM

Saturday, August 11, 2012

KATA MEREKA

Ketika kulihat uban
Telah mulai menghiasi jambang dan kepalaku
Aku katakan kpdanya. “selmt dtg”
Seandainya kutakut
Pasti tidak kuucapkan salam kpdanya
Walaupun aku mengusirnya
Bencana itu tidak mungkin menjauh dariku
Namun,bila seorg boleh menerima
Apapun kejadian yg tidak disenanginya
Maka pada suatu hari nanti
Bencana itu akan pergi dgn sendirinya

GURU SEGALANYA


Dia penyuluh ketika aku kelam-gelemat
Ketika tubuhku jerongkok,dia menghulurkan tgn
Tidak kira kaya atau miskin
Tidak kira cerdik atau kurang
Dialah juga ibu,dialah juga bapa
Memberi ilmu segalanya
Hatta dia membuka bicara
Seorang menteri mendapat nama
Seorang pemuzik menjadi terkenal
Seorang menjadi hartawan
semuanya di didik oleh guru dari sekolah biasa.

Friday, August 10, 2012

USMAN AWANG

GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

A SAMAD SAID



Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.



Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.


Gnru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.


Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.


Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

iNfO KaPuR tUliS



SEKARANG

AKU =KLIK UNTUK BACA.( permulaan cerita adalah berdasarkan kisah benar,cerita yg mengenai kehidupan seseorang


AKAN DATANG!!

"AKU 2"
sambungan "AKU" yg mengisahkan tentang Helmi sebagai seorng penulis,dan atas dorongan Siska beliau berusaha menempah nama sebagai penulis terkemuka.


"JOM LAYAN HADITH" adalah program terbaru dari blog ini,sama2 kita menghayati dan memahaminya.
by zaki