Pages

Tuesday, September 11, 2012

ANTENNA Itu...By ZAKI

antenna itu tidak dapat dikesan
jadi siapakah mereka?
selalu berkata sesuatu padaku
kenapa perlu aku mengikut arahan mereka
sedangkan aku yg mencipta
biarkan aku yg memecahkannya sendiri

jgn ganggu aku
biarkan aku sendiri
biarkan aku buat apa yg aku suka
ini bukan hidupmu
jadi biarkan aku yg tentukan hidupku
aku tak mahu arahan kamu

kenapa aku perlu mendengar arahan mereka
sedangkan mereka tidak memberi aku perluang
mereka tidak memahami isyaratku
jika mendengar penjelasanku
walaupun aku salah
aku akan berbincang dengan mereka
tentu mereka,aku akan paham

Selalunya....kadang kala

terdapat mimpi yg indah di dalam mataku
dan hati ini tidak tahan....
inilah senja pertama
ayuh bertenang...
mari sorokan kesedihan...
dan beritahu mereka kemahuan kita...

kawan jgn lupa tempat ini hebat...
dengarlah sini,dengarlh,biar aku katakan...
kita takkan lupakan hari hari itu...
kita akan fikrkannya kemudian
hari itu tidak akan kembali..
hari itu kita berlajar apa yg betul dan apa yg salah
hari itu tidak akan kembali
mereka tidak akan kembali

juara praktikal lemah dalam teori
kita pecahkan dinding,ada kalsium dalm tulang kita
kami meninggalkn rumah dan semuanya
ayuh bergembira!!

kami menjadi ulat buku
dan memakai cermin mata
ayuh membaca sains
ayuh membaca seni
mari berlajar waktu pagi
mari berlajar waktu mlm
mari jgn belajar
kita akan dirotan
bab2 sgt menyedihkan
tetapi kami akan katakn....
kita tidak akan lupakn hari hari itu...
jika kita lakukan sesuatu dengn betul,apa yg salah?
walaupun kita lulus hari ini,kita akan hadapi lagi satu ujian esok.

semua org katakn...
jadilh ini..
jadilah itu...
dengar sahaja,tapi lakukan apa yg kamu suka..
jadi mari,mari pecahkan kepala kita.
dan berlari diatas rumput berkaki ayam
mari bergaduh,mari berbaik
hujan turun,tidak perlu payung
mari basah kuyup hari ini
mari minum kopi atau teh
dan bersin dan katakan...
semoga tuhan restui kamu...

by always kabhi2

Sunday, September 9, 2012

Takdir Senja by ZAKI




Teringat  waktu di sekolah lama,cinta pandang pertama diam2.kerana cinta pertama itu sampai sekarang aku tak pernah berputus asa mencari.sewaktu di program sekolah dalam masa lima hari aku mula menyukainya.selepas berpisah aku masih mengigati wajahnya.dalam masa lima hari itulah menjadikan ia kenangan yg penting.kalau lah aku boleh berpatah balik mungkin aku akan berbuat sesuatu yg lebih baik.tapi menyesal tiada gunanya.hidup perlu teruskan untuk kehadapan.

Puas aku mencari,8 tahun lamanya.aku tidak pernah pula merlupakannya.pernah aku menanyakan kepada kawan aku,jawapan yg hampa aku mendapat.aku mencarinya sehingga umurku 22 tahun.

Lalu aku berfikir “ya tuhan,adakah cinta sejati itu hanya ada pada manusia dengan tuhan.tapi tidak manusia dengan manusia?,adakah aku dengan dia tiada jodoh?,berilah aku jawapan”

Aku hamper berputus asa,seperti sia2 sahaja mencari org yg mustahil untuk jumpa setelah kian lama terputus hubungan.

Seorang penyair pernah berkata:

Jangan kau sengaja batuk didepan api.
Jika engkau melakukannya, wajahmu akan hitam
Dan air mata pun akan menitis.

Dimanakah aku mahu meletakkan perasaan aku ini.bagaimana aku mahu membungkus perasaan dan begitu mudah mencampak ke lautan yg luas,biar aku tidak menjumpai.membuang perasaan bukan mudah bagi setiap manusia.

Atau aku harus berlari ke pantai membaling batu dan menjerit sekuat hati?,adakah itu melegakan?,atau aku meluahkan perasaan aku?,tapi kepada siapa aku mahu luahkan?.

Arhh kenapa tidak aku menulis sahaja,biar ia menjadi satu cerita.dalam karya aku boleh mengubah nasib baik atau buruk watak dalam karya itu.aku menulis dan menulis dengan hati dan fikiran tenang.lalu aku menerbitkan.biarkan org membaca.biarkan ia jadi pengajaran.biar karya menjadi kenangan hidupku.

Aku berasa lega sedikit kerana telah meluahkan semuanya,walaupun mengubah nama watak. Tersebar sahaja karya,maka aku berhenti mencarinya.

Sebulan diterbitkan,dengan izin tuhan dia muncul kembali.aku gembira tak terkata.8 tahun tidak berjumpa banyak pertanyaan yg aku mahu bertanya.satu persatu aku bertanya.aku ingat setelah lama berkenalan baru aku memberitahu hasrat hati aku.aku mahukannya selamanya.

Pada suatu hari aku dapat tahu dia dah bertunang,hati aku gelap ditutupi awan hitam,seperti kilat menyambar ditubuhku kaku.aku terfikir “adakah perjumpaan ini untuk menambah kan lagi kesakitan aku,bukan mengembirakan aku?.”kalau aku tahu dia bertunang aku tidak ingin berjumpa dengan dia.tidak perlu aku memikul beban yg sukar untuk aku mengadap.adakah aku bodoh setia menunggu dan mencari cinta yg sia2.

“dimanakah kegembiraan pergi?”

“kenapa sedih selalu menguasai diriku,adakah satu sumpahan?,”

Mungkin jika perkara itu hilang,aku tidak perlu mencari,tapi yg perlu aku buat adalah mengantikannya..kerana yg hilang itu mungkin adalah sementara,tapi yg ganti adalah kekal..

Susah untuk menerima tapi aku kena menerima takdir,walaupun perjumpaan adalah sedih,tapi terima kasih kepada dia sekurangnya aku sudah bebas dari mencintai dia.tidak perlu lagi mencintai kepunyaan orang.

Akhirnya aku menemui jawapan.mungkin aku perlu melupakan segalanya..

 apabila anda kehilangan sesuatu,mustahil untuk jumpa.
oleh itu jgn mencarinya....

jika anda mencari juga,anda akan sakit.
jadi mengantikannya dengan lebih baik adalah jalan yg terbaik
 kerana itulah yg akan kekal.

Tuesday, August 28, 2012

bunyi keganasan


Dikala manusia sibuk menzalimi
Malaikat pula sibuk mengambil nyawa
teriakan yg pekat buat aku rungsing
Disaat politik berbicara
Berebut tahta yg sementara
aku benci..
Sedarku dunia tidak seaman dulu
Aku ingin berlari
Berlari ke dalam gua..
Tidak ada suara manusia yg menipu
hanya air menitis semula jadi
menitis bukan kerana sakit
tapi kerana gembira
tiada kotoran yg membusuk
aku ingin kosong dan bersih…
aman..
dan…
damai..

Saturday, August 25, 2012

JoM LAyaN HaDiTh

Part 2
  
Menolong Orang Zalim dan Yang Dizalimi
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”.
 
Hasad Dengki Adalah Haram

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, haratanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).”
 
 Jangan Mendedahkan Aib Orang lain

Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.

Waktu Doa Paling Mustajab
Dari Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.

 RIWAYAT : BUKHARI DAN MUSLIM

Wednesday, August 15, 2012

HuH mAnG ghAi

SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Sasterawan Negara Malaysia merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia. Anugerah Sastera Negara yang pertama diadakan pada tahun 1981 hasil gesaan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di negara kita.
Anugerah Sastera Negara dipilih oleh Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, di bawah seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemenang akan menerima wang tunai RM30,000 dan pelbagai kemudahan menjalani kehidupan dan berkarya. Sejak tahun 2003, nilai hadiah ini telah ditambah menjadi RM60,000 di samping kemudahan menerbitkan karya sehingga mencecah RM500,000.

Senarai penerima anugerah Sasterawan Negara Malaysia
1.    1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas
2.    1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
3.    1983 : Datuk (Dr) Usman Awang
4.    1985 : Datuk (Dr) A. Samad Said
5.    1987 : (Dr) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
6.    1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
7.    1993 : Datuk Noordin Hassan
8.    1996 : Datuk Abdullah Hussain
9.    2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
10.    2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
11.    2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala

Tuesday, August 14, 2012

JoM LAyaN HaDiTh


PART 1

MENOLONG ORANG YG DALAM KESUSAHAN
Bismillah.....
Daripada Abu Musa al-Asy’ariy RA katanya, “Apabila Nabi SAW didatangi kepadanya oleh orang yang memerlukan pertolongan, baginda menghadap kepada sahabat-sahabatnya yang sedang duduk bersamanya lalu bersabda, “Bantulah dia sencaya kamu akan mendapat pahala, dan Allah akan menyempurnakan atas lidah nabinya yang disukai”.

 Pengertian  Hadith:
-Orang Islam mestilah memberi sokongan kepada orang Islam yang lain dalam perkara-perkara kebajikan.
-Allah SWT menjanjikan pahala yang besar kepada orang Islam yang suka menolong orang yang berada dalam kesusahan.
- Segala permintaan (doa) Nabi SAW diterima oleh Allah SWT.
-Memberi sokongan pada perkara-perkara kebajikan adalah digalakkan dan akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT sama ada dengan sokongan hajat orang itu diterima atau sebaliknya.


JANGAN MENGHINA ORANG YG MELAKUKAN KEJAHATAN

Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Apabila seorang hamba sahaya perempuan melakukan zina dan telah nyata zinanya maka sebatlah ia (dengan 50 kali sebatan) tetapi janganlah menghinanya (dengan kata-kata kesat), kemudian jika dia berzina lagi (buat kali keduanya), maka sebatlah dia tetapi janganlah menghinanya. Kemudian jika dia berzina lagi buat kali ketiganya, maka juallah dia sekalipun dengan seutas tali daripada bulu(haiwan)”.

Maksud Hadith:

-Seorang hamba sahaya perempuan yang melakukan zina wajib disebat sebanyak 50 kali dan haram menghina dengan kata-kata kesat terhadapnya.
-Pemilik hamba sahaya perempuan wajib menjual hamba itu jika hamba itu telah berzina sebanyak 3 kali sekalipun dengan harga yang sangat murah.
-Islam mengajar umatnya supaya tidak menghina seseorang sekalipun dia telah melakukan perbuatan yang buruk.
-Kita disuruh memisahkan diri daripada golongan maksiat atau memulaukan mereka supaya tidak bergaul dan bermuamalat dengan mereka.
-Walaupun hamba itu disuruh supaya dijual tetapi tuannya mestilah memberitahu keaibannya (iaitu suka berzina) kerana penjual wajib memberitahu ‘aib barang yang hendak dijual.

RIWAYAT : BUKHARI DAN MUSLIM

iNfO KaPuR tUliS



SEKARANG

AKU =KLIK UNTUK BACA.( permulaan cerita adalah berdasarkan kisah benar,cerita yg mengenai kehidupan seseorang


AKAN DATANG!!

"AKU 2"
sambungan "AKU" yg mengisahkan tentang Helmi sebagai seorng penulis,dan atas dorongan Siska beliau berusaha menempah nama sebagai penulis terkemuka.


"JOM LAYAN HADITH" adalah program terbaru dari blog ini,sama2 kita menghayati dan memahaminya.
by zaki